Monday 31 July 2017

JANGAN KURANG AJAR DI MEDIA SOSIAL: ELAK BUAT 5 PERKARA INI


Dulu-dulu ibu bapa kita pesan supaya kita menjaga akhlak kita dan beradab bila berurusan dengan sesiapa pun, tetapi zaman dahulu tiada media sosial. Zaman sekarang sudah berubah. Dunia kita dihubungkan dalam skala besar, bukan sahaja kita boleh berkomunikasi dengan kenalan di sekitar Malaysia, perhubungan kita juga merentas sempadan dengan munculnya macam-macam aplikasi seperti facebook, WeChat, Whatsapp, Instagram dan sebagainya. Dengan kemudahan yang disediakan secara percuma ini, tiada panduan yang dilampirkan bersama untuk menjaga keharmonian sejagat. Segalanya ‘freestyle” atau “gaya bebas” yang menyebabkan ramai individu berkelakuan kurang ajar tanpa disedari.


Mari kita baca 5 perkara kurang ajar yang sentiasa dilakukan warga Internet samada secara sengaja atau sebaliknya.


Berjual Di Dalam ‘Rumah’ Orang
Atau dikenali sebagai tukang spam. Mesej-mesej seperti Tumpang lalu, Maaf saya nak iklan sikit, Cantik anak… belilah barang saya, dan sebagainya adalah sangat kurang ajar. Kenapa? Kerana anda masuk ke ‘rumah’ seseorang dan berjual barang anda di ruang tamu mereka. Jika ditegur, tuan rumah akan digelar “penyekat rezeki orang lain”. Anggaplah setiap akaun orang lain itu ialah rumah dia, dan apa pun yang anda ingin lakukan, lakukan dengan adab sopan ketika masuk ke rumah orang lain. Pemasaran memerlukan kos. Mengapa anda rasa anda boleh menjalankan aktiviti pemasaran secara percuma dengan menjadi spammer di akaun media sosial orang lain? Sejauh mana keberkesanan teknik ini dan adakah teknik itu akan menjanakan pendapatan yang diberkati? Adalah salah bila kita menyangka cara kita itu betul dan ‘tuan rumah’ perlu bersetuju kerana kita sebangsa, seagama? Berniaga memerlukan kos, strategi yang betul dan adab yang baik, jadi janganlah kita melakukan perkara ini, umpama kita membuka kedai dan berjual di dalam rumah orang lain. Jika mahu memasarkan produk kita, gunakan saluran yang betul. Setiap pemilik akaun atau digelar micro influencer ini ada harganya. Silakan bertanya dan jika anda tiada bajet, jangan spam rumah mereka. Tanamkan sifat malu dan adab sopan dalam diri.   


Ciplak Karya Orang
Perangai ambil barang orang tanpa silu ini juga salah satu penyakit yang tular di dunia Internet. Bila ditegur, mereka menjawab “di dunia ini tiada istilah ciplak, segalanya hak yang Esa.” Kalau menggunakan logik yang sama, bolehlah saya mengambil duit di dalam dompet jiran saya atau memandu keretanya ikut suka. Untuk menghasilkan bahan, seseorang penulis perlu membuat kajian yang mengambil masa, diadun sempurna dengan stail penulisan masing-masing. Setelah bahan itu siap dan disebarkan, anda datang lantas menyalin dan menampal tanpa memberi apa-apa kredit kepada si penulis. Bukankah anda seorang pencuri? Andai anda merasakan penghasilan bahan ialah kerja mudah, perkara enteng, silalah cuba. Elakkan daripada mencuri karya orang lain persis bahan itu anda punya, dan lebih parah lagi apabila ada yang menjana pendapatan dengan jerit perih orang lain. Fikirkanlah berkat rezeki yang dihasilkan melalui cara ini. Cuba-cubalah menulis atau berkarya sendiri, mana tahu ada bakat terpendam, dan jika orang lain mencuri kerja anda, dapat pula anda merasakan sakitnya di mana..

Tulis Komen Sembunyi Muka
Ramai di kalangan penduduk Internet ini yang suka memberi komen tetapi tidak memaparkan muka sendiri untuk dikenali orang, seperti baling batu sembunyi tangan perumpamaannya. Oleh kerana identitinya tidak terserlah maka jari-jemari individu ini pun laju menulis komen-komen yang mengguris perasaan, memalukan, memfitnah dan sebagainya, dan menjangka dia hebat di belakang komputer. Kenapa perlu kisah, mereka bukan kenal aku siapa. Perangai jelik di sosial media ini jika dapat dielakkan dapat menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami. Ibu bapa yang mengetahui ada anak-anak yang berperangai begini, tegurlah. Jika ibu bapa yang buat, berhentilah.  Bagaimana cara terbaik untuk tidak melakukannya? Ialah dengan tidak memberi komen yang negatif dan mengguris perasaan orang. Senang bukan? If you have nothing good to say, just don’t say anything. Jika anda tidak ada perkara baik untuk dikongsi, lebih baik diam. Sampai muka budak-budak pun ingin dibanding-banding dengan komen yang menjelikkan. Komen-komen kita yang tidak senonoh akan mengutip mata dosa kita selama mana tulisan kita berada di dalam alam maya dan dibaca orang lain. Berhati-hatilah.


Laju Berkongsi Fitnah
Ternampak orang potong buah pisang, di dalamnya ada buah kiwi, terus percaya lantas butang Kongsi ditekan. Membaca gosip-gosip hebat tentang keaiban orang-orang popular, kita tanpa segan silu ingin dan sukacitanya ingin berkongsi dengan pembaca lain, menolong tularkan berita itu. Kita baca berita letak kad di kepala boleh menyembuhkan demam, kita share walaupun kita tahu bahawa kalau ini benar, tutuplah klinik-klinik dan pelajar bidang perubatan tidak perlulah mengaji bertahun lamannya. Sering kita terlihat ayat ini, “Tak tahulah berita ini benar atau tidak, saya share sahaja”. Aduhai, kalau dah tak tahu, janganlah disebarkan. Mudah sahaja. Hentikan jadi agen penyebar berita tidak sahih a.k.a fitnah untuk kesejahteraan masyarakat sejagat. Jangan kita anggap ini perkara kecil kerana satu campur satu, dua dan jika berita fitnah itu tular, seluruh masyarakat menanggung akibatnya.


PM/DM suami/isteri orang
Dalam semua aplikasi yang ditawarkan, chat atau ruang berbual memang ciri penting yang sering ditawarkan. Oleh kerana cara ini memudahkan kita untuk berhubung dengan kenalan, ramai warga internet yang menyalahgunakan kemudahan ini untuk merosakkan hubungan sedia ada dengan PM (private message) dan DM (direct message) pasangan orang lain. Hi.. hello.. Boleh kenal??.. Cantik gambar profil.. Maka perhubungan pun bermula dan telefon bimbit sentiasa dibawa bersama wa’ima masuk tandas pun gamaknya. Kawal diri, kawal rasa dalam menjaga perhubungan berkeluarga dan juga sesama manusia.


Media sosial sudah menjadi gaya hidup masyarakat masa kini dan mainkanlah peranan kita sebagai seorang warga internet yang beradab dan bertamadun dengan tidak melakukan lima perkara kurang ajar ini.

Friday 28 July 2017

Memang Patut "Despacito" Diharamkan! Ini Sebabnya...

Oleh Ariff Aziz


Reaksi orangramai memang seperti dijangka. Rata-rata mentertawakan tindakan RTM untuk menarik balik siaran lagu ‘Despacito’ di semua stesyen milik kerajaan. Lagi reaksi yang kedengaran: “Bukan faham pun”, “Banyak lagi lagu yang lucah!” “Macamlah kita semua ni sex manic”.

Yang terkhir itulah sebabnya pengharaman ini penting. Bukan sebab lagu ‘Despacito’ itu sendiri, tetapi sekurang-kurangnya, ada diskusi tentang kroniknya masalah sosial di ambang Merdeka ke-60 negara Malaysia tercinta ini.

Statistik terkini yang dikeluarkan Kementerian Wanita, Keluarga & Masyarakat mencatatkan lebih daripada 20,000 kes jenayah seksual berlaku di negara ini sejak 2010, termasuk  lebih 13,000 kes rogol (yang dilaporkan).

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah. (Tidak, anda tidak tersalah baca).

Kes buang bayi pula memang dah biasa kita dengar di media. Hampir 700 kes telah dilaporkan, sejak 2010. Bila kedengaran kisah sebegini, kita pantas untuk mengutuk di media sosial.

Tapi sekadar terperanjat dan kutuk sahaja.

Adakah kita juga berminat untuk tahu punca terjadinya kes sebegini? Adakah kita BERANI utuk menerima kenyataan kenapa masalah sosial terlalu berleluasa dalam negara yang tak kurang dari segi melahirkan personaliti-personaliti agama melalui rancangan realiti?

Sebabnya memang kita dah lalai dengan benda yang dianggap biasa. “Biasalah lagu macam ni!” “Alah, kalau haram pun, Internet ada macam-macam budak boleh tengok”.

Jadi? Apa tindakan kita? Takde apa, jawapannya. Punca masalah selalunya  adalah “BENDA LAIN”. IT’S ALWAYS SOMETHING ELSE. Ya, hanya sebuah lagu tidak akan boleh membuat sepasang remaja melakukan seks bebas sehingga melahirkan anak luar nikah, tapi masyarakat “apologist” dan “enabler” seperti kita inilah yang menyediakan “environment” sebegitu.

Bila ditegur berpakaian menjolok mata, jawapannya “Sukahati! Janganlah tengok!” Bila ditegur menonton video lucah, jawapannya “Bukannya sampai aku nak pergi rogol anak orang!” Bila disuruh solat dan tinggalkan perkara buruk, jawapannya “kubur masing-masing!”

Jadi apa puncanya kes-kes rogol, jenayah seksual dan buang bayi yang begitu banyak?

Kalau masyakarat “semua pun ok”, kita pun kena ok dengan kejelekan dan “breakdown” nilai moral secara total. Dan ini semua pun ok.


SEHINGGA ia terjadi kepada batang hidung kita sendiri. Tak begitu?


7 Acara Menarik Minggu Ini: 28 Julai - 4 Ogos 2017

1. To Beethoven... With Love (with the klpac Orchestra)
The concert begins with Yeo Chow Shern’s stirring Celebration and Dance (Perayaan). It moves on to Bruch’s Scottish Fantasy in E-Flat Major op. 46 featuring renowned violinist Zhao Tian (2nd prize winner at the Canetti International Violin Competition) and talented harpist Bryan Lee. It wraps up with one of Beethoven’s most celebrated work – Symphony No. 3 in E-Flat Major op. 55.




Date: 27-29 July 2017
Time: 8.30pm
Venue: Pentas 1, klpac
Tickets: Regular: RM66. Concession 1: RM46 (TAS Card Members, Senior Citizen, Disabled, Concession 2: RM36 (Student)
2. The Johor Bahru Classical Music Festival
The Festival invites you on a journey to experience classical music that transcends generations, soundscapes and cultures. This year we explore the synchronisation of influences, styles, and ideas – illustrating music at its most universal, as it tells stories of the times we find ourselves in (or out of) sync.



Date: 27-29 July 2017
Venue:Johor Amari Johor Bahru & Pinewood Iskandar Malaysia Studios
For more details, click HERE

3. Ceritakita: Performances & Stories From Kuala Lumpur City
A mini creative bazaar, free performances and more! The first installation of #ceritakita presents the works of young writers and independent local creatives plus special performances from theatre ensemble Asterik Anak Seni and musicians Feel Tu Penting.



Date: 28 July 2017
Time: 5-9.30pm
Venue: 2 Hang Kasturi, No. 2 Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur
FREE ENTRANCE

4. Karnival Jom Heboh




Tarikh: 29-30 Julai 2017
Tempat: MITC Melaka

5. Gig Di ATAS
Get your fix of retro pop this Friday night at ATAS as local bands MASDO, Noh Salleh and Restoeiboeband are set to take the stage. Also making an appearance is Johnny Pandora: Daigo Yamashita from Japan



Date: 28 July 2017
Time: 9pm
Venue: Level five , Parklane Commercial Hub Jalan SS7/26
Ticket: RM35

6. Electric Run 2017
If you've registered for the event, it's time to run!



Date: 29 July 2017
Time: 8pm
Venue: Anjung Flora, Prescint 4, Putrajaya 

7. Konsert Gegar Pop Yeh Yeh



Tarikh: 28-29 Julai
Masa: 8pm
Tempat: Panggung Bangsawan Melaka

Wednesday 26 July 2017

3 Tip Audisyen Yang Perlu Anda Baca


Jika anda bercita-cita untuk mencuba nasib di hadapan kamera di dalam bidang penyiaran, proses ujibakat, atau audisyen adalah sesuatu yang pasti anda akan lalui. Bagaimana untuk menyerlah di audisyen nanti? Baca tip audisyen dari tiga personaliti terkemuka di bawah ini.

Tip Audisyen Dari Halim Othman

“Tidak kira program apa yang anda minat untuk audisyen, pastikan anda bersedia dengan satu atau dua bakat yang lain daripada yang lain. Contohnya, boleh meniru gaya seseorang artis terkemuka atau boleh menyanyi rap. Ini boleh memberi sedikit kelebihan kepada anda. Kalau pun tak pandai, cuba untuk membuat sesuatu. Biasanya, panel pemilih ingin melihat samada anda pandai untuk berinteraksi, dan juga reaksi seseorang bila diletakkan di dalam keadaan yang kurang selesa, seperti disuruh menyanyi sedangkan anda mengujibakat untuk menjadi seorang pengacara. Jangan panik, atau rasa tersinggung. Ini adalah perkara biasa.”

Tip Audisyen Dari Nurul Syuhada Nurul Ain

“Pastikan ketrampilan yang menarik sebelum menghadiri audisyen. Memang bakat itu paling penting, tetapi membuat ‘first impression’ yang baik juga sangat membantu. Buat kaum Hawa, pakailah busana yang sesuai, tidak terlalu sarat, dan tidak terlalu ‘simple’ sehingga menampakkan yang anda tidak berusaha langsung. Ada juga yang inginkan ‘natural look’, tapi lebih baik jika sedikit mekap digunakan untuk kelihatan lebih berseri dan bertenaga.”

Tip Audisyen Dari M. Zulkifli

“Tidak kira audisyen untuk program apa pun, adalah baik untuk anda membaca perihal isu-isu semasa sebelum berdepan dengan panel pemilih. Ini menunjukkan anda ada membuat ‘homework’, dan jika ada soalan-soalan berat yang diajukan, anda tidak kelihatan ‘lost’, dan ada asas untuk ‘goreng’. Pilih dua atau tiga isu paling hangat dan bersedia untuk memberi pandangan anda sendiri. Tidak ada jawapan betul, atau salah, yang penting, anda kelihatan selesa dan yakin.”

Monday 24 July 2017

Workshop Penulisan Skrip TV & Filem Bersama Nizam Zakaria

Buat mereka yang mempunyai idea untuk cerita yang boleh menggegar panggung, atau mendapat rating yang meletup, garapkan ia menjadi sebuah skip yang bakal menjadi rebutan penerbit-penerbit di luar sana! Tak mengapa jika mereka tidak berpengalaman, kerana Workshop Penulisan Skrip TV & Filem Bersama Nizam Zakaria, anjuran YouGo Training & Media Consultancy (YouGo) ini akan membawa peserta-peserta melalui setiap langkah dalam proses menghasilkan sebuah skrip.

“Ramai peminat filem dan drama tempatan juga merupakan ‘armchair critic’ tegar dan mungkin mempunyai pelbagai idea segar yang belum pernah ditonton. Inilah peluang untuk mereka berhenti bercakap dan mula menulis!” kata M. Zulkifli, CEO, YouGo Training & Media Consultancy.



Bengkel sehari pada 26 Ogos 2017 ini akan dikendalikan oleh pengarah dan penulis skrip dan juga novelis yang tidak asing lagi, Nizam Zakaria. Nizam yang kini sedang membuat penggambaran drama terbaharu “Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin” untuk slot Akasia di TV3, juga terkenal dengan karya-karya lain seperti “Kimchi Raya”, “Kahwin 5” dan “Cicakman 3”.

Antara pengisian bengkel ini termasuk:
1. Format skrip dan mengapa format skrip penting dalam produksi
2. Struktur penceritaan; adakah formula Three-Act Structure penting dalam penceritaan?
3. Seni penulisan dialog
4. Pemahaman penggunaan prop dan teknologi dalam penceritaan
5. Proses penyuntingan skrip

“Menulis skrip merupakan satu seni yang perlu dipelajari,” kata Nizam. “Bila kita menulis skrip, ianya bukan untuk diri penulis, tetapi untuk semua yang terlibat dalam produksi termasuk pengarah, pelakon, pembuat prop, makeup artis dan ramai lagi. Inilah aspek yang saya akan tekankan di bengkel ini.”

Bengkel sehari ini akan diadakan pada 26 ogos 2017 di Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor, dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang. Makan tengahari serta sijil akan disediakan.

YouGo juga menawarkan harga istimewa RM180 untuk setiap peserta (harga biasa RM220), jika pendaftaran dibuat sebelum 1 Ogos 2017.  

Mereka yang berminat boleh hubungi talian 012-3456055 atau emel info@yougotraining.com dan layari www.yougotraining.com


Bau Boleh Mengancam Perhubungan?

Adakah dia sedang berfikir atau sedang menahan nafas? 
Tatkala si gadis melintas, si teruna terpukau terpusing akibat bau wangian yang mengasyikkan; maka imej-imej menarik dan mengghairahkan mula muncul meletup-letup di dalam kepala, kalaulah si gadis tadi kepunyaan dirinya. Bukan sahaja dari mata turun ke hati, deria bau  juga mencetus pelbagai jenis emosi. Ada mereka yang suka dengan satu jenis wangian sahaja lantas bau itu menjadi branding dirinya. Tak payah tengok siapa yang mari, kita sudah tahu si dia sedang mendekati. Ramai juga yang suka bertukar-tukar wangian kerana inginkan kelainan. Tak syoklah satu bau je sepanjang tahun, I pun nak bau tempias Britney, bau Kak JLo pun tak mengapa.

Walaubagaimanapun, tak kurang juga si dara yang membuat teruna terpusing lalu terpelanting dengan bau badan yang keras sampai ke tekak rasanya, à la pelayan restoran mamak asli dari daerah Thiruchirappalli. Gadis jenis begini amat sukar didekati walaupun muka secomel anak Mami. Bukan sahaja perempuan yang mempunyai bau badan kadar tarikannya serta merta menurun, orang lelaki pun formulanya sama juga. Kalau dah bau tengik umpama pekerja kontrak yang tak pernah jumpa air untuk mandi, bagaimana nak tengok wayang bersama kalau si gadis perlu bernafas ikut celah gigi? Wayang baru nak mula si gadis dah mula rasa nak pitam akibat bau si pasangan.

Bau badan ini bukan sahaja datang dari dua ketiak yang lembap terkuap sepanjang hari, bau-bau lain yang datang dari diri kita juga perlu diambil perhatian terutama apabila kita sudah berpunya atau berumahtangga. Deodoran jangan dibuat opsyen, perlu ada di dalam bilik air samada yang disembur atau atau yang jenis bola tonyoh. Gigi, mulut, kepala, telinga, dan sebagainya perlu dijaga rapi supaya pasangan tidak cringing bila anda mendekati. Kalau di sekolah cikgu pesan gosok gigi sehari dua kali, bila dah dewasa kita makan lebih dua kali tapi gosok gigi kadang-kadang terlupa sampai tengahari. Dah gosok gigi, lidah pun perlu disental agar segar dan tiada putih-putih tebal melekat membawa 'haruman' yang tidak digemari. Kalau rajin lagi, silalah flossing juga supaya gigi kekal terletak walaupun sudah bercucu nanti. Amalkan sebelum tidur atau sebelum solat Isya’ kita gosok gigi dan berkumur dengan mouthwash agar mulut kita berbau segar dan tidak menjelikkan.

Selain gigi, kepala pun senang berbau kerana kalau malas bershampoo,  rambut akan berbau hamis kita walaupun pendek. Kita mungkin tak dapat bau kerana sebab hidung kita jauh dari kepala, tetapi mungkin pasangan kita yang terkena kerana hidung dia boleh kena kepala kita. Hijabista juga jangan lupa basuh anak tudung sebab orang yang lebih tinggi dari kita bila mengambil nafas dekat dengan kita boleh tersedak kalau anak tudung tidak dibasuh dua minggu. Tudung di luar bukan main bergaya dengan itik, bulu-buluan dan berbatu-batu bling-bling, kalau anak tudung tidak ditukar selalu.. tentu hamis dan menggelikan bukan?

Jangan kita ingat kita dah lama bersama pasangan kita kena redha dengan bau kita. “Alah bang… kita ni dah bersama 20 tahun, apa lagi nak wangi-wangi???” Aduhai.. Jangan kita stress kalau suami kita terpaling arah kepada wanita yang berbau bunga katanya. Lelaki pun sama, jangan ingat isteri itu dia punya, lantas bulu ketiak boleh dilepir menjadi tocang pun tidak dihirau. Jangan ingat isteri tak ada mata, tak ada deria.

Wangian yang enak dan bau-bauan yang harum boleh menambah nikmat kehidupan suami isteri dan jika sebaliknya.. boleh memudharatkan. Kerana…. bukan mudah nak sampaikan berita tentang bau-bauan yang tidak menyenangkan ini kepada pasangan kita kerana takut hatinya berduka. Cara yang paling baik ialah sama-sama lah kita jaga diri kita agar kehidupan kita wangi dan bahagia. Jika tidak ada bajet untuk wangian berjenama, bedak Cuticura takkan takde? 

Oleh YouGoPop

Friday 21 July 2017

7 Acara Menarik Minggu Ini: 21-28 Julai 2017

Kompilasi acara-acara menarik untuk tujuh hari akan datang:

1. Pesta Buku MABOPA
Tarikh: 26-30 Julai 2017
Tempat: MAEPS, Serdang
Masuk percuma



2. Fame: Live Forever
"Fame" follows some students of the College of Performing Arts (P.A.) as we journey through four years of their college life. We see them coming to terms with life and relationships; we see those who persevere, who are resilient – and those who are not. Above all, we see them perceiving the need to strive for excellence.

Executive produced by Dato' Faridah Merican.



20th & 21st July 2017 @ 8:30pm
22nd July 2017 @ 3pm & 8:30pm
Venue: Pentas 2, klpac

Tickets:
Standard: RM 53.00
Concessions: RM 43.00 (TAS Card Holder / Senior Citizen / Disabled / Student)
*All inclusive of RM 3.00 ticket handling fee and 6% GST

3. Bullying: A Theatre of the Oppressed Showcase
With the recent cases of bullying in the country, Project Spect-Actor is embarking in a project to engage Malaysians with Augusto Boal’s “Theatre of the Oppressed” (Forum theatre). An interactive performance, the play stages scenarios of bullying as an invitation for the audience to make suggestions or join the play to solve the conflicts faced by the protagonists. These public showcases will be followed by a university tour to engage youths, the demography most affected by bullying.



The showcases will be happening as the following:

MAKESPACE, QUIL CITY MALL
(Next to Monorail Medan Tuanku)
22 July 2017 @ 3PM & 8.30PM
23 July 2017@ 3PM

RUANG by THINKCITY
(Nearby LRT Pasar Seni)
26 & 27 August 2017 @3PM

ADMISSION IS FREE

4. A Spiritual Journey: Islamic Culture and Heritage in Southeast Asia 
The Islamic Arts Museum Malaysia (IAMM), Kuala Lumpur, is pleased to present our upcoming photography exhibition entitled "A Spiritual Journey: Islamic Culture and Heritage in Southeast Asia” which will be on display from 14th July until 14th October 2017. This exhibition showcases photographs selected from the many that were submitted to the IAMM's inaugural photography competition. This initiative seeks to inspire creativity among photographers as well as to document the visual appeal of Islam in Southeast Asia.


5. Bon Odori
Don your yukata and celebrate the Japanese festival of Obon right here in Malaysia with the 41st Bon Odori festival. Organised by The Japan Club of Kuala Lumpur, you get to experience how Obon is celebrated in Japan – complete with activities such as a bon odori dance performance, a wadaiko drum show, a fireworks display and more.



Date & Time: 22 July 2017, 7pm
Venue: Panasonic Sports Complex
ADMISSION IS FREE

6. Men's Health Women's Health Night Run
Ready, stead, run! If you've registered for the event, it's time to finally show what you're made of! There will be four categories: 12km and 21km competitive running, a 5km fun run, and this time, a 700m and 3km run for kids.



Date: 22 July 2017
Venue: MAEPS

7. Ella: Kembara Ratu Rock
Ini merupakan konsert pertama Ella di Kota Singa setelah 10 tahun! Bersedialah untuk enjois! : )

"Saya teruja kerana konsert dirancang bakal mencipta sejarah peribadi buat saya. Hendak menelusuri perjalanan 30 tahun di pentas dan beraksi di Singapura, pasti memberi pengalaman berbeza. Lebih istimewa, saya menggunakan khidmat pengarah muzik, Mac Chew. Selama ini, hanya sekali saya bekerjasama dengannya untuk projek album. Sekarang dia bertanggungjawab untuk konsert saya pula," kata Ella kepada BH Online baru-baru ini.


Tarikh: 22 Julai 2017
Tempat: Esplanade Concert Hall, Singapura
Tiket boleh beli di sini

Monday 17 July 2017

YouGoPop Retro: Anugerah Era 2002 Meriah!

Antara majlis anugerah yang sering dinanti ramai dahulu sudah tentulah Anugerah Era. Kini hanya tinggal kenangan, Anugerah Era yang biasanya diadakan di Genting Highland, sering mengenengahkan konsep yang segar, menjadikan siaran majlis ini tidak bosan dengan banyak elemen kejutan.

Saksikan sendiri dalam klip ini bagaimana penonton (khasnya fERAtik) begitu sporting meriuhkan suasana di Arena of Stars. Yang juga menarik, Anugerah Era tetap memberi penghormatan kepada muzik tradisional kita!


Sunday 16 July 2017

Kerana Mulut Hati Binasa

Oleh YouGoPop

Perkara ini kerap dilakukan kaum wanita di bawah sedar tetapi sangat membinasakan perhubungan. Untuk wanita yang sudah berumahtangga kena lebih awas dengan sifat ini. Elakkan daripada mengamalkannya kerana ianya tidak membawa sebarang kebaikan kepada perhubungan.

Wanita sering menuduh dan tidak perasan yang mereka melakukannya. Penggunaan perkataan “tak pernah”, “selalu”, “memang”, antara yang sangat bahaya akan tetapi selalu sangat digunakan oleh kaum Hawa untuk membantai pasangannya.



Katalah hati sakit kerana dia tidak melakukan sesuatu yang anda inginkan. Dialog atau tuduhan yang akan keluar ialah “You tak pernah care pasal I!” atau “Abang tak pernah nak buat apa-apa untuk saya!”. Lantas, hati si lelaki tadi akan berdarah kerana tak mungkin aku tak pernah melakukan apa-apa untukmu, sayangku. Kenapa kau menuduh aku sebegitu teruk sekali? Adakah aku ini tak berguna langsung?, itu yang difikir lelaki yang dituduh kamu.

Atau “You selalu berperangai macam ni.” Ouch! “Abang selalu buat tak endah apa yang saya suruh!”. Dan apabila perasaan marah memuncak “You memang tak sayang I!!!! Atau “Abang memang tak hiraukan saya!!!” Ouch! Ouch! Ouch! Lelehan darah di hati para lelaki semakin mengalir dirobek oleh kekasihnya itu.

Untuk mengekalkan perhubungan, elakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan general yang sebegini. Tidak adil untuk si dia. Gunakan perkataan-perkataan yang positif dan sekiranya anda ingin tekankan tentang sesuatu topik, gunakan topik itu sahaja, jangan di’am’kan tujuan anda. “You tak sms I pun tadi masa lunch. Next time smslah, ok.” Adalah lebih baik daripada “You tak pernah care pasal I, tak sms pun!”.



“Abang lupa beli magazine yang saya kirim tadi” adalah lebih baik daripada “Abang tak pernah nak buat apa-apa untuk saya”. Atau “Abang tak buang sampah yang saya suruh tadi. Nanti berbau lah rumah” adalah lebih baik daripada “Saya sorang je buat kerja kat rumah ni, suruh tolong sikit pun tak boleh!” Gunakan peristiwa yang spesifik dan jangan hentam general terhadap semua aduan yang ingin anda buat.

Satu lagi yang perlu dielakkan ialah menuduh perkara yang belum terjadi. Contohnya suami anda berpakaian kemas dan bergaya kerana hari ini dia ada meeting dengan important client. Melihat kelainannya pada hari ini anda terus mengeluarkan komen, “Nak pergi jumpa girlfriend ke pakai bukan main smart ni?” Lelaki tidak gemar komen-komen sinis begini. Kalau kita pun kena sindir pagi-pagi, sakit hati juga. Dan perlu diingat, cakap banyak-banyak kali jadi doa.

Jadi janganlah doakan dia ada girlfriend ye. Daripada cakap ayat itu, mulakan pagi dengan “Amboi… handsomenya suami saya ni. Bertuah sungguh dapat husband kacak bergaya” atau “Masih kacak lagi husband I ni, teruja tengok.” Bukan sahaja dia akan gembira, anda juga akan dapat perasaan positif itu.

Kalau suami balik lambat sikit dan telefon anda untuk memberitahu, janganlah jawab begini “Alah…. Orang lain takde lah kerja sampai lewat macam abang, entah-entah pergi ke mana..” sedih suami mendengar kerana kerja kuat pun dikutuk isteri. Hati nak balik rumah pun jadi hambar. Adalah lebih baik kalau dijawab begini “Ye ke? Kesian suami mama kerja kuat. Lepas kerja terus balik ye. Rindulah.”

Suami mana yang tak nak bergegas balik jumpa anak isteri? Tuduhan begini tidak mendatangkan kebaikan kepada perhubungan. Kita pun tidak suka dituduh yang bukan-bukan. Katalah kita shopping balik lambat sikit dan sampai sahaja di muka pintu suami menyindir “Amboi lamanya pergi shopping. Pergi shopping ke pergi jumpa boyfriend ni?”. Berdesing juga telinga. Dahlah penat membeli barang, kena tuduh lagi. Begitulah juga perasaan mereka apabila dituduh membabi buta.

Apabila berbicara, gunakan perkataan-perkataan positif. Daripada hantar mesej “Abang ni tak ingat sayalah!” adalah lebih baik menghantar “Saya rindu Abang.” Perkataan yang baik-baik akan menghasilkan reaksi yang baik-baik. Jangan impikan reaksi yang cintan cintun romantis apabila perkataan yang anda gunakan bagaikan sudah sedia untuk berbalah. Mulakan hari baru anda dengan azam untuk menjaga tutur kata dalam perhubungan agar ikatan lebih mesra dan berpanjangan.

* Kredit gambar: Unsplash