Thursday 26 January 2017

Berita: Halim Othman Terlantar Di Hospital Akibat Denggi

Penyampai radio popular Halim Othman sudah tiga hari terlantar di hospital kerana menghidap penyakit denggi. Berita ini diterima YouGoPop daripada Halim sendiri hari ini.

"Agak teruk juga keadaan sebelum ini dengan demam yang datang dan pergi," katanya. "Saya memerlukan seminggu untuk pulih seperti sediakala, Insya Allah."



Sebelum dimasukkan ke hospital, Halim telah mengambil cuti rehat dari tugasan beliau. "Sudah masuk 7 tahun saya bertugas di Suria FM, jadi saya ingin berehat sebentar."

YouGoPop mendoakan agar Halim cepat sembuh dan kembali menceriakan pagi pendengar-pendengar di Suria FM!

No comments:

Post a Comment