Monday 28 August 2017

Retak Menanti Belah: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan


Perkahwinan memerlukan lebih daripada perasaan cinta untuk berjaya kerana apabila dua individu sudah hidup bersama, cabaran yang dihadapi mereka tidak sama ketika mereka sedang bercinta. Apabila kita merelakan individu lain untuk hidup bersama dan berkongsi segalanya, suka dan duka, pelbagai hal boleh berlaku yang akan menyebabkan kita rasa sudah tidak serasi bersama, dan akhirnya mencari jalan keluar. Pilihan untuk berpisah adalah pilihan yang sangat sukar lebih-lebih lagi bila pasangan sudah bercahayamata. Namun untuk meneruskan hidup bersama itu lebih menyeksakan dua jiwa. Sebelum berlakunya retak menanti belah dalam perkahwinan, kenali 6 masalah perhubungan yang sukar dipulihkan dan elakkan daripada terjerumus ke dalamnya.


Curang Bersiri
Kecurangan bukan satu masalah yang unik dalam perkahwinan. Ramai pasangan yang telah berumahtangga pernah membuat perhubungan dengan orang lain tetapi  bukan semua kes akan melibatkan penceraian atau ketidakbahagiaan. Selalunya pasangan akan memberi peluang sekali atau dua kali untuk si dia bertukar menjadi setia dan tidak mengulangi perbuatan itu. Masalah kronik timbul apabila kecurangan ini dilakukan berkali-kali tanpa sedar diri atau ada ciri-ciri untuk kembali ke pangkal jalan kerana hati pasangan yang sering dipecahkan selalunya memang tidak akan dapat bertahan lama.


Penipu Tegar
Mempunyai pasangan yang tidak jujur ini menimbulkan banyak prasangka dalam perhubungan. Tiba-tiba dia hilang dari rumah dan tidak tahu mana perginya. Bila ditanya dia akan berdolak-dalih dan tiada bukti sahih di mana dia berada. Kerahsiaan ini menyulitkan perhubungan kerana dalam hati pasangan terdetik, apakah perkara yang dia sembunyikan, adakah dia seorang yang curang, dan ini akan merosakkan perhubungan dalam jangkamasa panjang.


Kaki Bangkang
Bukan semua perkara perlu dibawa bertengkar. Beralah itu lebih banyak faedahnya daripada bertegang urat, walaupun untuk perkara-perkara kecil. Dan apabila terdapatnya perbezaan pendapat, kedua pihak mahu menang dan merasakan apa yang mereka sokong itu betul. We can always agree to disagree, kita sentiasa boleh memilih untuk bersetuju berbeza pendapat. Benda-benda remeh yang dipanjang-panjangkan akan menyebabkan pasangan tidak dapat memaafkan pihak satu lagi dan ini akan membawa kesan negatif kepada perhubungan.

Nafsu Tidak Seirama
Ini merupakan masalah besar yang selalunya akan menyebabkan perhubungan tidak mampu bertahan atau jika diteruskan akan membuatkan pasangan ini derita berpanjangan. Jika seorang buas, seorang suam-suam kuku, bagaimana hendak melayar bahtera rumahtangga. Pasti si buas berasa tak puas dan si suam kuku terasa dipaksa sentiasa bukan? Jika dua-dua suam-suam sahaja tidak mengapa.


Diriku Adalah Segalanya
Ah si narsisis… dia hanya nampak dirinya dalam semua sudut, semua aspek kehidupan. Pasangannya tidak diendahkan kerana narsisis melihat si dia umpama seorang yang melukut di tepi gantang, tidak penting dan tidak diperlukan. Jika pasangan anda seorang narsisis, perhubungan tentu akan merana kerana dalam perhubungan ini, tiada istilah kita.


Kutuk-Mengutuk
Adoi badan you macam anak gajah,” kata sang suami. “I suka muka yang macam Fattah Amin, apalah nasib dapat you,” kata si isteri. Penghinaan pasangan secara kerap dan berterusan adalah tidak sihat dalam perkahwinan kerana hati si penerima luluh setiap kali dikutuk orang yang disayang. Mungkin ramai yang merasakan ianya hanya gurauan sehingga kutukan itu terkena ke muka sendiri. Penghinaan akan meretakkan perkahwinan yang dibina kerana sedikit demi sedikit hati akan membenci pasangan yang tidak menghargai.


Ruang Kongsi Ditutup Rapat
Komunikasi antara suami isteri itu sangat penting dalam melayari bahtera perkahwinan. Pasangan yang sentiasa menolak dan sentiasa menutup ruang dalam berkongsi perasaan dan pengalaman akan membuat seorang lagi terasa tidak diperlukan lantas menyoal mengapa perlunya dia berada di dalam perhubungan tersebut.


Perkahwinan adalah kontrak antara dua individu untuk meneruskan kehidupan berdua dan membina keluarga bersama. Satu perjalanan yang tidak mudah dan jika dibebankan dengan masalah di atas, berkemungkinan tidak mampu bertahan.

Friday 25 August 2017

Komedi Dan 3 Lapisan Kuasa


Oleh KC Nazari

Ramai tak sedar apabila seorang komedian membuat persembahan komedi, beliau sebenarnya sedang ‘bermain-main’ dengan kuasa - 3 lapisan kuasa.

Lapisan kuasa pertama adalah apabila memegang mikrofon. Dalam satu-satu bilik, orang ramai akan mendengar cakap orang yang memegang mikrofon. Ini adalah satu bentuk kuasa.

Lapisan kuasa kedua terletak pada pentas persembahan. Memetik kawan saya Henzi Andalas, seorang pelawak yang juga sering membuat persembahan hipnosis, seorang performer sebenarnya ada ‘lesen besar’ apabila berdiri di atas pentas.

Dengan berada di atas pentas, kita boleh minta penonton meminjamkan telefon mereka sebentar kepada kita. Malah, sesetengah daripada kita boleh ‘meminjam’ girlfriend orang untuk teman kita atas pentas selama 2 atau 3 minit untuk membantu persembahan kita.

Cuba buat benda sama dengan orang yang kita jumpa di tepi jalan. Pertama, orang tak akan patuh kepada permintaan kita. Kedua, kalau nasib kurang baik kita mungkin kena pukul!

Ketiga, kuasa membuat orang ketawa. Apabila kita berjaya membuatkan orang ketawa, kita sebenarnya sudah buat mereka relaks dan 'berserah' kepada kita. Mereka membuka minda mereka untuk menerima mesej seterusnya daripada kita.

Persoalannya, sejauh manakah kita memanfaatkan 3 lapisan kuasa ini selama ini?

* KC Nazari adalah seorang seduction coach yang membuat persembahan stand-up comedy pada masa lapang


Tuesday 22 August 2017

Anda Bermasalah Dengan Millennial? Atau Andakah Masalahnya?


Berbagai keluhan dan tohmahan dilemparkan tentang sikap golongan millennial oleh generasi sebelumnya. Untuk mereka yang kurang pasti, golongan millennial merupakan gabungan Generasi Y yang lahir di antara tahun 1983 -1991 dan Generasi Z yang lahir di antara tahun 1992-2001. Maksudnya, mereka sekarang berusia di sekitar 16 hingga 34 tahun. Generasi  millennial ini digambarkan sebagai anak-anak yang merasakan diri mereka berhak untuk menuntut apa sahaja yang mereka mahu dan golongan yang mementingkan diri sendiri.  Millenial telah dilabel mempunyai sifat dan sikap yang berbeza daripada generasi sebelumnya; samada sifat ini dilihat negatif atau sebaliknya, anda nilaikan sendiri.

Kurang Kemahiran 3M
Hmm…. kalau ditanya si millennial, bila kali terakhir mereka menghabiskan masa membaca buku, mungkin mereka akan merenung langit untuk memikirkan tarikh itu. Kekurangan penguasaan membaca, menulis dan mengira ini berpunca dari kemunculan Internet  yang sentiasa menghidangkan semua informasi yang mereka inginkan di hujung jari sahaja. Jadi, kenapa perlu ingat jika semua maklumat boleh didapati dengan mudah? Lainlah dengan generasi sebelumnya yang perlu memasukkan semua informasi di dalam kepala atau perlu menulis di buku nota kerana Internet tidak ada. Siapa Michelangelo? Siapa Picasso? Apa nama negara-negara di Asia Barat? Kita tanya saja Uncle Google dan jawapannya akan ada di sana. Sama juga dengan kemahiran nombor. Andai tidak pasti, semak sahaja Internet kerana jawapannya semua ada di sana. Masalahnya bila disuruh menulis dalam kerja, mengira perkara mudah seperti peratusan, margin dan sebagainya, masalah mula timbul. Susahnyalah nak menulis emel kepada pelanggan, susahnya nak kira itu ini kerana berpunca dari kurangnya input yang masuk ke benak masing-masing. Tepuk dada tanya kepala.

Tidak Kemas Bergaya
Golongan millennial membawa terma casual  ke satu tahap yang mengerikan. Kenapa tidak berstokin jika bersepatu? Kenapa seluar selalu ketat dan senteng? Hanya mereka sahaja tahu jawapannya. Kenapa pemakaian t-shirt lusuh bagai gelandangan menjadi ikutan? Kenapa lelaki membawa beg klac yang dikepit di ketiak? Apakah yang mereka bawa dalam klac itu? Mereka bagai tidak tahu bagaimana gaya ke pejabat, apa yang boleh dan apa yang tidak sesuai. Berapakah panjang skirt yang boleh diterima di tempat kerja? Jeans boleh pakai di hari apa? Kasut kerja yang sesuai bagaimana? Rambut boleh diwarna atau potongan rambut yang bagaimana dikira sesuai?  Pengurus memang pening kepala memikirkan cara menguruskan millennial yang tidak kene gaya. Tapi bukankah mereka yang hidup pada tahun 60an mengalami masalah yang sama dengan berbaju jarang dan berseluar yankee? Remaja-remaja rock kapak 80an yang memakai kemeja besar dengan pad dibahu sebesar roti?

Pincang Kemahiran Sosial
Walaupun golongan millennial hyper aktif di media sosial, mereka tidak mempunyai kemahiran sosial yang baik. Jika memerlukan mereka berkomunikasi secara bersemuka, ramai akan kelu lidah tidak tahu bagaimana untuk berkata-kata. Ini disebabkan golongan ini hidup dan berkomunikasi menggunakan teks dan emoji di sepanjang masa. Mereka tidak menghargai cara berkomunikasi secara bersemuka kerana di banyak ketika, mereka tidak memerlukannya. Whatsapp, WeChat, facebook, Twitter, emel membolehkan mereka untuk ‘lepas’ tanpa perlu bersemuka jadi mereka tidak mengganggap kemahiran sosial muka-ke-muka ini sesuatu yang penting. Dulu-dulu nak tackle awek kerana berani berhadapan, sekarang Whatsapp sahaja dengan emoji yang comel sudah memadai. Twitter pula memberi cabaran 140 karakter termasuk space supaya apa yang ingin disampaikan padat sehinggakan Donald Trump pun ketagih menulis di sana. Inilah gaya hidup millenial yang banyak berbeza dengan Baby Boomers dan Generasi X yang lebih tua.

Tidak Sudi Bersusah Payah
Bak kata pepatah lama, sikit-sikit lama-lama jadi bukit… bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Pepatah-pepatah ini tidak lagi relevan kepada millennial kerana mereka tidak mahu menghabiskan tenaga membuat kerja-kerja yang menghasilkan pendapatan yang sedikit. Mereka inginkan perubahan yang cepat dan ingin menikmati kehidupan yang selesa dalam masa yang singkat. Namun, dunia ini bukan tempat magikal yang menghidangkan keajaiban ini. Jika tidak dapat dalam masa yang singkat, mereka akan melompat ke tempat kerja baru dengan tuntutan gaji yang lebih tinggi. Jika lompat satu kali, naik RM100, lompat lima kali sudah RM500, itulah cara pemikiran mereka. Mengapa perlu setia jika kita menderita? Mengapa perlu bersusah payah untuk mencapai impian orang lain, itu kata mereka. Bagaimana? Ada betulnya?


Mahukan Keseimbangan Hidup/Kerjaya
Generasi millennial memerlukan keseimbangan hidup dan kerjaya, worklife balance katanya. Bila mendengar perkara ini ditimbulkan, generasi sebelum mereka akan roll eyes tidak percaya berbaur meluat. Berada di dalam umur yang produktif, mereka tentu sekali diharapkan dapat menyumbang lebih dalam menjana produktiviti syarikat dan seterusnya negara. Namun, mungkin kerana di waktu mereka membesar, anak-anak ini menjadi mangsa ibu bapa yang taksub kepada pekerjaan dan tidak mengendahkan mereka, sikap fokus kepada kerja tidaklah sesuatu yang mereka idamkan. Generasi lama beranggapan sebelum mereka mahu bercerita tentang worklife balance, mungkin mereka perlu memeriksa bank account balance masing-masing. Bagi generasi lama, setelah bersusah payah bertahun lamanya baru mungkin dapat menikmati keseimbangan ini tetapi generasi baru mahukan keseimbangan ini bermula awal. Ada yang meminta untuk bekerja waktu fleksibel, ada yang mahukan untuk dibenarkan bekerja dari rumah dan sebagainya. Adakah permintaan mereka melampaui batas atau adakah ini perkara perlu yang harus dipandang serius?

Setiap generasi memandang serong kepada generasi seterusnya kerana mereka merasakan generasi merekalah yang terbaik sekali. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa kita tidak hidup dalam generasi mereka, dan gaya hidup yang mereka impikan tidak sama dengan kita. Cabaran orang lama ialah untuk mencari cara mengadaptasi kemasukan golongan millennial ke dalam pekerjaan dan kehidupan mereka. Oleh itu,  janganlah kita terlalu prasangka, mungkin kita perlu belajar menerima.

* Penulis merupakan Generasi X yang ruang kerjanya semakin dikelilingi Generasi Millennial.

Thursday 17 August 2017

7 Acara Menarik Minggu Ini: 18-24 Ogos

1. The Kuala lumpur SEA Games 2017
It's finally here! The year's most anticipated regional sporting event will be held in our own backyard this year and there's plenty to cheer for. Will we rule the pools? Can our footie team hold their own and bring back the gold? World Class athletes like Singapore's Joseph Schooling and our own Cheong Joun Hoong will also be on show.



For tickets and event schedules, click HERE


2. Linkin Park Tribute Tribute Show
Lead singer of Linkin Park, Chester Bennington's passing left a mark on many who grew up with his music. Presented by REVOFEV and The Bee, local bands Kyoto Protocol, Sekumpulan Orang Gila, Patriots, Scarlet Heroes and Night Skies & Visions will share the stage to pay tribute to Chester.



Date: The Bee, Publika
Time: 8pm
Venue: 19 August 2017

3. KL Fashion Week 2017
Tahun ini merupakan tahun kelima KLFW mengumpulkan barisan pereka-pereka fesyen tempatan bagi mempamerkan rekaan terbaru mereka di pusat beli belah Pavillion, Bukit Bintang. Acara kemuncak sewaktu KLFW 2017 adalah persembahan koleksi 20 finalis daripada AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) yang terdiri daripada pereka dari 10 negara ASEAN dan akan berlangsung pada 18 Ogos.



Tarikh: 16-20 Ogos 2017
Tempat: Pavilion, Kuala Lumpur
Klik SINI untuk tiket

4. KL Alternative Bookfest  + Art For Grabs 2017
80 booths of indie books, crafts & social causes, plus 11 events, including book launches, forums, and performances. It's gonna be awesome!



Date: 19 & 20 August 2017
Time: 12-10pm
Venue: Publika, Kuala Lumpur

5.  Riuhinthecity Pre-launch Weekend
RIUH is a creative platform (more than just a market) that will kickstart with the pre-launch weekend on 19th & 20th August 2017. They host a curation pop-up stores, food, creative workshops (affordable fees charged), showcases and live performances (free).  A monthly affair, one weekend every month - with different creative offerings.



Date: 19 & 20 August 2017
Time: 11am-11pm
Venue: APW, Jalan Riong, Kuala lumpur

6. One Championship: Quest For Greatness
In the main event is a highly-anticipated contest featuring reigning ONE Featherweight World Champion Marat Gafurov (15-0), who rematches surging challenger Martin Nguyen (8-1) for the title. Furthermore, several thrilling bouts on the night could produce the next world title challengers, as Ev Ting takes on former welterweight titleholder Nobutatsu Suzuki, Kevin Belingon faces Reece McLaren, while Gianni Subba battles Riku Shibuya.

Malaysian superstars Agilan Thani, Ann Osman, and Keanu Subba will be also be battling for national glory alongside the finest martial artists in Asia today, so don’t miss your chance to catch the biggest Fight Night Malaysia has ever witnessed.



Date: 18 August 2017
Time: 7pm
Venue: Stadium Negara
Click HERE for tickets

7. MINI fest 2017
MINI Malaysia akan menganjurkan MINIfest 2017, satu acara untuk seisi keluarga pada Ahad ini, 20 Ogos. MINIfest 2017 akan menjadi pasar jualan bertemakan MINI yang pertama, di mana para peniaga dan pemilik menjual pelbagai jenis pakaian, fesyen, aksesori dan barangan gaya hidup dari but kereta MINI mereka.

Selain itu, festival tersebut akan menyaksikan pelbagai aktiviti untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan rakan-rakan. Ini termasuklah menaiki belon udara panas, bowling tayar, hidangan enak daripada trak-trak makanan serta congkak dan jenga bersaiz besar! Untuk si kecil, aktiviti-aktiviti di bahagian seni, kraf dan mesra kanak-kanak memastikan mereka sentiasa terhibur.



Tarikh: 20 Ogos 2017
Masa: 3ptg-10mlm
Tempat: Desa ParkCity, 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity

Monday 14 August 2017

Menulis Diari di Media Sosial: Mencari Bahagia atau Mengundang Bencana?



Dear Media Sosial,


Hati ini meronta-ronta mendambakan bahagia tapi apakan daya aku ini hanya manusia biasa. Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan agar aku temui apa yang dicari kerana hakikatnya aku ini seorang insan lemah.

Katanya… Mesej ini tidak ditujukan kepada siapa-siapa, sekadar bait-bait kata. Lantas apabila “kawan-kawan” dalam media sosial membaca coretan tulisan yang menjurus kepada masalah perhubungan, komen-komen pun muncul dari pelbagai arah memberikan pendapat. Maka, si pengadu tadi tersenyum sendiri kerana luahan hatinya mendapat perhatian daripada insan di luar sana. Ternyata ada lagi orang yang sayang, ramai lagi yang ambil kisah, orang keliling masih peduli.  Namun hakikatnya, apabila masalah perhubungan dipaparkan di media sosial, adakah masalah itu dapat diselesaikan atau masalah itu mekar bak bunga kiambang yang segar bugar? Dan dalam banyak-banyak nasihat yang diberi oleh rakan-rakan yang meninggalkan komen, memang ada nasihat yang  baik, dan tidak kurang juga banyak yang memudharatkan.

Jadi apakah tanggungjawab kita sebagai suami dan isteri di dalam perhubungan dan bagaimana kita perlu mengelak daripada memberi gambaran bahawa bahtera perhubungan kita sedang dipukul badai kerana para netizen yang secara amnya merupakan golongan yang peka menilik akaun media sosial orang lain. Bait-bait kata yang kita tuliskan selalunya penuh dengan kekunci perasaan yang mampu diterjemahkan orang lain. Dan lagi parah masalahnya kalau bahtera perhubungan kita tidak bergelora dan orang luar meneka-neka lantas mengharapkan akan drama akan bermula.

Fokus Kepada Bahagia
Apa yang kita lakukan setiap hari membentuk minda dan penampilan kita. Andai bahagia itu sasarannya, fokus untuk menjadi bahagia dengan menulis dan berkongsi kisah-kisah gembira. Kita tidak akan tersenyum jika pos-pos kita bercerita tentang kerumitan, tekanan, masalah dan sebagainya. Cuba kita cari posting-posting yang positif dan bermesejkan bahagia seperti “Cinta dan Rindu ini hanya untuk Suamiku Seorang”, “Ku janjikan kesetiaan sehingga hayat di kandung badan, sayangku”, “Walaupun ramai lelaki sado, abang juo yang sado di hatiku ini..”, “Biar pun Afifah dapat merapat, Aku hanya sudi karaoke dengan isteriku sahaja.” Kalau pasangan kita baca, tentu sekali tersenyum dan kembang dada. Kita boleh mencari bahagia dengan berusaha ke arah itu. Jika hari-hari ditasak dengan mesej derita ditambah dengan komen-komen penambah rasa… bukan sahaja derita yang tiba, porak peranda pun digamit sama.

Jangan Banding-Banding Hidup Kita
Apa yang kita saksikan di media sosial itu banyaknya lakonan semata kerana semua orang mahu kehidupannya dilihat dari sudut yang bercahaya. Hidup orang lain sentiasa akan lebih sempurna di mata kita. Bak kata Mat Salleh, the grass is always greener on the other side. Carilah rumput hijau itu di laman sendiri. Sebagai contohnya, jika kita lihat suami si polan sado dan suami kita sedih… kita bagi suami kita semangat untuk kelihatan lebih segak. Mana tahu dengan taktik kita, dengan kita-kita sekali bersama segak, sado dan cantik. Jika kita lihat suami orang belikan dia hadiah yang best-best, berjenama, janganlah kita bersedih, fokus kepada benda-benda baik yang pasangan kita lakukan pada kita. Abang tak dapat bagi ayang bag mahal, abang tolong ayang basuh baju tiap jumaat pun jadi lah. Kira kalau upah basuh tu RM25 seminggu, setahun abang invest RM1200 lah bak katanya.  Jika kita sering mengkritik pasangan dengan melihat kepada keburukan dia, sesekali kita buat senarai itu untuk diri kita sendiri kerana kita juga tak lepas daripada kelemahan yang pasangan kita terpaksa bertolak ansur. Jangan syok sendiri dan ingat diri kita ini selalu sempurna.

Berfikir Sebelum Pos
Kalau menulis di masa-masa media sosial ketika geram,  laju betul menekan butang post supaya dapat dikongsi geram di hati. Apa kata kita tarik nafas dan berfikir secara waras sebelum berkongsi kisah rumahtangga dengan strangers di media sosial. Mereka ini tidak faham, mereka hanya pemerhati yang tidak tahu butiran tentang kehidupan kita atau perhubungan. Adalah lebih baik jika nasihat itu diminta dari mereka yang berpengalaman seperti ibu ayah, adik-beradik dan kawan yang benar-benar rapat agar kekusutan dapat dilerai bagai menarik rambut di dalam tepung. Jangan kerana amarah sedetik, kita membawa masalah perhubungan kita jauh ke lembah kemusnahan.

Kesan Kepada Persekitaran
Masalah perhubungan selalunya melibatkan ramai pihak tanpa kita sedari, lebih-lebih bila kita sudah berumahtangga. Keluarga kedua belah pihak dan anak-anak perlu diambil kira sebelum kita memaparkan konflik perhubungan kita di media sosial. Kita rasa kita berhak meluahkan perasaan, mana tahu ibu mertua sedang membaca sambil menitiskan airmata. Kita rasa kita boleh bercakap apa saja kerana ini akaun kita, tiba-tiba ada mata kecil yang menatap coretan kita lantas merasakan kehidupan mereka akan ditimpa bencana. Jangan kerana kita rasa meluah rasa di media sosial ini perkara biasa, kita lakukan tanpa ada pertimbangan kepada persekitaran kita.

Kita boleh mengubah kehidupan kita dengan minda yang sihat dan perbuatan yang rasional. Berkongsi atau memberi hint yang kita tidak bahagia di media sosial hanya akan mengundang bencana. Carilah saluran yang lebih sihat untuk kita meluahkan isi hati yang terpendam dan adalah lebih baik jika kita berbincang dengan pasangan untuk kehidupan yang lebih bahagia.

Sunday 13 August 2017

Workshop Vokal Bersama Vince!



Untuk menyanyi dengan baik bukan sahaja bergantung kepada bakat semulajadi, tetapi juga memerlukan kemahiran dari segi teknik dan juga keyakinan diri. Suara and juga merupakan instrumen berharga yang boleh dibentuk dan diasah untuk memenuhi potensi anda sebagai seorang vokalis.

Dan untuk membimbing anda di workshop satu hari ini ialah Vince Chong, Juara Akademi Fantasia yang pertama serta penyanyi/penulis lagu terkenal.

Di workshop ini anda akan:
• Belajar teknik-teknik vokal yang betul
• Bentuk keyakinan untuk persembahan pentas
• Tingkatkan kekuatan vokal
• Mendapat tip-tip berharga dari penyanyi profesional yang berpengalaman

Terbuka kepada semua yang berumur 17 tahun ke atas

Butiran lanjut:

Tarikh: 10 September 2017
Waktu: 9.30pg - 4.30ptg (makan tengahari disediakan)
Tempat: Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

Tawaran "early bird"
Daftar sebelum 2 September: RM250
Harga biasa: RM299

Untuk pendaftaran, hubungi:
012-3456055
info@yougotraining.com

Saturday 12 August 2017

"That's Utter BS!": How Do Presenters Deal With Difficult Guests On-Air?


By M. Zulkifli

Have you ever wondered what a TV anchor/host feels when interviewing a difficult guest? How do YOU feel watching it on TV?


If you’re the anchor or host, it’s really the ultimate test of your professionalism. I have interviewed hundreds of guests on air including politicians, government officers and celebrities, and I’ve had quite a number that took me to the very limit.

There are different types of guests, of course. Some would just reply with one-liners (which is a BIG problem too), some would attempt to take over the show, while others understand the need to be simply succinct.

Then there are those whose opinions you personally stand against. This can be seen now on a daily basis on foreign news channels with TV anchors getting more and more exasperated at guests merely spouting propaganda and blindly defending positions.

If you cringe watching it, imagine what the likes of Anderson Cooper must be feeling? They’re only humans after all!



Again, handling difficult guests is the ultimate test of one’s professionalism. Personally, I used to simply maintain a straight face and only correct factual errors. (Although there were times I really wanted to say: “That’s utter BS!”) People are entitled to their opinions, whether you like them or not. Hit them hard with fair questions, but it’s not the presenter’s job to win the argument.

Let the audience be the judge of that.

Wednesday 9 August 2017

7 Acara Menarik Minggu Ini: 11-17 Ogos

1. Good Vibes Festival
Good Vibes Festival returns to The Ranch at Genting Highlands. The international acts that have been announced so far include Phoenix, G-Eazy, Kodaline, Shura, The Kooks and more. On the local front, artists such as Najwa, RYÖT JONES, alextbh, Jaggfuzzbeats and Killeur Calculateur are scheduled to perform.



Date: 12 & 13 August 2017
Time: Doors open at 3.30pm
Venue: The ranch, Gohtong Jaya
Tickets: goodvibesfestival.com

2. Selangor Cyber Games 2017
All the best kami ucapkan kepada semua yang telah mendaftar! Datang untuk bertemu dengan personaliti cosplay antarabangsa dan peminat-peminat gaming yang lain dari seluruh negara!



Tarikh: 12 & 13 August 2017
Masa: 9 pagi - 10 malam
Tempat: Paradigm Mall

3. Kandang
Adaptasi Animal Farm, sebuah karya George Orwell oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim & Omar Ali. KANDANG adalah sebuah adaptasi novela George Orwell yang berjudul ‘Animal Farm’ ke dalam Bahasa Malaysia serta konteks budaya kepimpinan tempatan.

Adaptasi ini mengikuti jejak langkah sekumpulan haiwan ternakan di Ladang Jones yang berjaya mengusir keluar tuan ladang manusianya dan meraih kemerdekaan. Namun, janji manis kebebasan dan kemakmuran terbukti janji kosong apabila mereka sendiri terjebak dengan pengkhianatan idealisme dalam bentuk korupsi dan kezaliman.

Penerbit Eksekutif: Dato’ Faridah Merican
Pengarah Artistik: Joe Hasham OAM
Pengarah: Omar Ali



Tarikh: 10-13 Ogos
Masa: 8.30 malam (10-12 Ogos), 3.30 petang (13 Ogos)
Tempat: Pentas 2, klpac
Tiket: RM55

4. Wind Of Nomads
The Wind of Nomads concert is a 1.5 hour concert featuring several new works on African and Asian percussion. This is the culmination of a three year project between HANDS and Dafra Drum of Burkina Faso, West Africa. And the first of HANDS Percussion’s 20th anniversary concert this year!
This exciting and percussive new work is a multicultural and multi artistic melting pot. The stage will vibrate with rhythm and movement, simulating a poetic earthquake. The coming together of these two musical traditions gives birth to the sunrise.


Date: 11-13 August 2017
Time: 3pm & 8pm
Venue: Laman Sari, Istana Budaya
For tickets, click HERE

5. Beethoven's Mighty Ninth
Beethoven’s mighty Ninth Symphony, nicknamed “The Choral”, opens MPO’s 20th season. Its unprecedented use of 4 vocal soloists and a chorus in the last movement, with words from Schiller’s Ode to Joy, marks it as one of his greatest works. The concert opens with the premiere of Vivian Chua’s new work commissioned by MPO to commemorate this milestone season. Naohisa Furusawa leads a large chorus comprised of singers from Malaysia, the UK and Japan.



Date: 12 & 13 August 2017
Time: 8.30pm (12 August), 3pm (13 August)
Venue: Dewan Filharmonik Petronas
For tickets, click HERE

6. iM4Ufm Mic Drop
Adakah anda pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang penyampai radio? Anda mempunyai minat yang mendalam dalam komunikasi dan radio tetapi tidak mempunyai peluang untuk menonjolkannya? Kini masa untuk anda menyerlah bakat anda di iM4U fm Mic Drop yang berlangsung sepanjang bulan Ogos ini!



Tarikh: 12 Ogos 2017
Tempat: Sunway Pyramid

7. Fit Malaysia Kula Lumpur 2017
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Rainbow Jersey Events bakal menganjurkan Fit Malaysia bersempena Larian Obor Kuala Lumpur 2017. Peserta yang menghabiskan kayuhan atau larian akan menerima snek makanan, medal dan e-sijil selepas acara berlangsung. Penyertaan adalah percuma.



Tarikh: 12 Ogos 2017
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Parking B, KL Sport City, Stadium Bukit Jalil
Daftar di www.rjevents.com.my

Sayang Isteri Tangan-Tangankan?


Nampak gayanya budaya mendera pasangan sedang meresap ke dalam kehidupan kita apabila drama-drama di televisyen dan novel-novel di kedai buku sering memaparkan kebiasaan perbuatan ini. Suami yang tidak berapa sayang isterinya boleh sahaja menunjal-nunjal kepala si isteri, mudah sahaja mengherdik, memukul, menampar, memaki hamun dan sebagainya atas alasan tidak begitu mencintai. Isteri yang tidak suka dengan suami boleh sahaja menghalang si suami dari memasuki bilik kelamin dengan alasan yang sama. Ini bukanlah kebetulan, ini adalah psyche masyarakat kita yang membolehkan perbuatan ini, menghalalkan ianya berlaku. Kisah yang ditatang masyarakat kita seperti filem Ombak Rindu menyaksikan wanita diperlakukan begitu teruk sekali, dirogol, kepala dihentak di mangkuk tandas, dikasari dan akhirnya wanita ini mengagungkan lelaki ini di dalam hidupnya.

Apa mesej yang disampaikan kepada para penonton secara langsung atau tidaknya? Bahawa, wanita perlu menerima segala derita yang hadir dalam hidupnya dengan redha kerana di akhir rancangan, lelaki itu akan berubah dan menyintainya? Namun, adakah realitinya begitu? Atau wanita akhirnya akan didera dan terus dikerjakan sehingga patah tulang belulang, sehingga ranap semangat untuk hidup?


Lelaki itu merupakan pelindung kaum hawa terutamanya jika wanita itu isteri dan anak-anak perempuannya. Wanita akan lembut dengan kasih sayang dan perhatian. Jika lelaki menggunakan kekerasan untuk memerintah kaum wanita, adakah ini boleh diterima masyarakat kita? “Dia tak pernah berkasar sebelum ini. Ini kali pertama”, “Dia bukan orang yang begitu. Dia sudah meminta maaf.”, “Saya yang salah yang buat dia marah”, merupakan alasan-alasan yang sering diberi isteri untuk membenarkan perkara ini berlaku.

Ciri-ciri penderaan fizikal dan mental di dalam perkahwinan perlu diberi perhatian dan dikenalpasti oleh setiap pasangan kerana ini akan membentuk kualiti perhubungan yang memudharatkan. Semuanya bermula dengan kawalan yang berlebihan, cemburu yang membuta. Kemudian, diikuti dengan amaran-amaran untuk mencederakan sekiranya perkara yang tidak digemari dilakukan pasangan. Dan kemuncaknya ialah penderaan fizikal yang berlaku di balik dinding, jauh dari mata awam dan keluarga. Wanita yang mengalami penderaan sebegini sukar untuk dipulihkan dan impaknya akan terlihat dengan cara beliau mengendalikan diri sendiri dan membesarkan anak-anak yang satu hari nanti mungkin akan memulakan pusaran perangai ini kerana apa yang mereka lihat itu ialah kebiasaan.


Drama-drama yang menampilkan adegan suami-suami begini perlu dikekang supaya masyarakat atau anak-anak kecil yang menonton tv bersama tidak menganggap perkara ini perkara biasa. Jadi apa salahnya jika kita tidak suka pasangan kita dan kita pukul kepala dia? Jadi apa salahnya saya baling barang ke pasangan saya kerana saya tidak begitu cinta kepadanya? Jawapannya: Semuanya adalah SALAH! Kita tidak boleh bertolak ansur dengan penderaan fizikal atau mental. Kita tidak boleh mengganggap ini perkara kecil yang tidak mungkin berulang.

Pendera bermula secara kecil-kecilan dan akhirnya mampu membuat mangsa dera hilang nyawa dengan amarah pendera yang membuak. Wanita perlu sedar betapa bahayanya membiasakan diri dengan apa juga bentuk penderaan. Pendera merupakan mereka yang berkemahiran tinggi dalam seni memujuk. “Abang minta maaf zah, abang tak buat lagi,“ sedangkan yang biru lebam itu mata isterinya. “Kembalilah kepada abang dan keluarga kerana abang tak sengaja,” walhal ini kali ke 23 perut isteri ditumbuk padu oleh si suami celaka.

Utusan Online melaporkan sebanyak 57,519 kes penderaan wanita dilaporkan sepanjang 2010 sehingga Mac 2017 dan 40% daripada angka ini merupakan keganasan rumahtangga yang melibatkan wanita sebagai mangsa. Statistik Polis Di-Raja Malaysia mencatatkan 62,670 kes dari tahun 2000 dan 53% daripada mangsa berketurunan Melayu, diikuti 22% bangsa India, 14% bangsa Cina dan selebihnya wanita berbangsa lain-lain.

Sila sedar bila tompok-tompok penderaan ini mula muncul dalam kehidupan, dan kawal keadaan dengan tidak membiarkan pendera biasa dengan perangainya. Mari kita bermula dengan tidak menonton drama-drama atau filem yang menormalisasikan penderaan wanita, dan laporkan kejadian penderaan ke pihak polis atau mangsa boleh menelefon talian Nur 15999 untuk memperoleh bantuan. #sayNOtoderasis!

Thursday 3 August 2017

Wanita Gemar Bermusuh Dengan Wanita Lain?


Wanita gemar bermusuh dengan wanita lain. Kalau orang lelaki ada sentimen brotherhood, bro-bro, jarang kongsi cerita-cerita dengan kawan-kawan mereka, orang perempuan pula lebih suka menuding jari dan memarahi kaum sendiri jika terdapat isu-isu panas membara.


Sebelum anda emosi dan mengecam artikel ini, tarik nafas dan baca bahan bukti yang dipaparkan.


Dalam insiden seorang wanita dalam pantang yang mencari suaminya yang sedang berkaraoke dengan seorang wanita yang lain, siapa yang orang wanita pertama sekali persalahkan? Tentulah si teman wanita itu tadi. Walaupun si lelaki itu memang tak guna, wanita kurang membambu si lelaki berbanding si teman wanitanya. Berdas-das kutukan dan kritikan dilepaskan ke arah wanita yang satu lagi itu. Kemudiannya, bila plot semakin menebal, si kakak pula tergerak untuk membuat kenyataan yang sekali lagi menyalahkan wanita juga. Bukan setakat menyalahkan si isteri ini, malah mempersendakan masalah real  yang dihadapi wanita selepas bersalin tanpa rasa bersalah. Dan kemuncaknya, keseluruhan wanita bersekongkol dan memarahi kakak wanita kedua tadi, lantas menukar sasaran kutukan kepada si kakak pula. Hello,  di manakah sisterhood kita? What happened to us girlfriends? Bertepuk sebelah tangan tidak menjadi... kalau lelaki itu tidak gatal, masakan wanita menawar diri?


Ini bukan kes terpencil, kisah-kisah lama juga mencetus reaksi yang sama dari kaum hawa yang secara lajunya akan menyalahkan kaum sejenis mereka. Habislah di ‘betina’kan wanita yang tidak digemari tadi, dan perkataan-perkataan yang tidak sopan untuk disebut di sini akan dihamburkan. Lelaki sifat melindungi kawan-kawan mereka, jarang nak bocor rahsia dan jarang ambil pot dengan kisah lelaki lain. Kalau ada pun jarang-jaranglah.


Berlainan kaum wanita, kisah rumahtangga orang yang dah selesai dan si bekas isteri sudah pun mendirikan rumahtangga dengan orang lain, dia masih berdendam dengan wanita yang dia tak suka walaupun dia tidak pernah bertemu atau berkenalan dengan wanita itu. Sila rujuk kisah Burung Hantu yang dicerai suami ketika sedang mengandung. Sehingga sekarang perlawanan yang melibatkan team A dan team B masih disokong ramai ahli dan perlawanan masih lagi berjalan.


Orang lelaki sifatnya lebih linear, oleh kerana itu orang lelaki boleh melayan bola sepak kerana dalam perlawanan bola sepak kalau pemain A menakek kaki pemain B, sekejap sahaja mereka dah bro-bro dan permainan boleh diteruskan tanpa mengendahkan terjahan tadi. Kalau kaum wanita, mahu tak puas hati seminggu. Wanita perlu lebih mengawal perasaan, jangan over sangat komen tentang wanita lain yang selalunya anda tidak kenal.

Wanita harus lebih mempertahankan wanita. Andai bukan kita yang memahami spesis kita, siapa lagi? Wanita juga jangan sailang hak wanita lain, sengaja menyakitkan walaupun kita tak suka disakiti. Wanita perlu membentuk sistem sokongan yang kuat dan jika ada apa-apa krisis yang melibatkan wanita, jangan laju benar menyalahkan jantina sendiri. Cuba memahami, cuba memberi semangat kepada our sisters, kerana percaya atau tidak susur galur kehidupan seorang wanita lebih beronak dan penuh drama. Kalau orang lelaki boleh berbro-bro, kenapa kita perlu membetinakan wanita lain yang kita tidak suka? Jom kita berdiri teguh dengan wanita-wanita lain dalam memartabat dan menangani isu-isu wanita yang kita hadapi. Say yes to sisterhood. #sabarsis #janganemosis

Tuesday 1 August 2017

7 Acara Menarik Minggu Ini: 4-10 Ogos 2017

1. History Con Malaysia
HISTORY Con brings history to life. Get up-close with celebrities from your favourite shows, and experience interactive, educational activities that the whole family can enjoy. Highlights include exclusive cooking demonstrations by MasterChef Australia judge Matt Preston, classic car displays and appearances by Aizat Amdan and Elizabeth Tan!



Date: 4-6 August 2017
Time: 9am-10pm
Venue: MAEPS Serdang
Tickets start from RM20. Log on to RedTix to purchase

2. Konsert Nova 2017
Konsert Nova bakal menampilkan penyanyi penyanyi popular dari Malaysia dan Indonesia. Ia juga diadakan untuk meraikan ulangtahun ke-60 hubungan di antara Malaysia dan Indonesia. Barisan artis yang telah dipilih untuk menjayakan konsert tersebut adalah merupakan penyanyi tersohor dari Malaysia seperti Azlan Typewriter, Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah dan dari Indonesia, Cakra Khan, Judika, Syahrini yang lebih di kenali dengan panggilan Princess Syahrini dan Mia Ismi sebagai featuring artist.



Tarikh: 5 Ogos 2017
Masa: 8 malam
Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam
Tiket bolegh dibeli di ticketpro.com.my

3. Langkau
A re-staging of a contemporary performance (combination of dance theatre & experimental theatre) based on social anxiety created by Fasyali Fadzly, Shahrul Mizad, Iefiz Alaudin, Murni Omar & Faillul Adam.



Date: 4-6 August 2017
Venue: klpac
For tickets, click HERE

4. Sheila Majid: The Concert
It's been a looong while since the diva performed at the iconic Stadium Negara, so you can expect a spectacular night with all the hits delivered to you 'live'.



Date: 5 August 2017
Time: 8pm
Venue: Stadium Negara
For tickets, click HERE

5. Kendurian Durian Buffet
Agendanya mudah: Makan seberapa banyak durian sampai kenyang! Dianjurkan sempena Selangor Food Mega Festival.



Tarikh: 5-6 Ogos 2017
Masa: 2 petang
Tempat: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Tiket: RM19 (dewasa), RM15 (kanak-kanak)

6. Playstation Experience Asia Tenggara 2017
Whoa! Memang acara yang paling dinanti gamers di luar sana! Acara ini terbuka kepada semua dan masuk pula adalah percuma. Bagi yang hadir mereka boleh mencuba sendiri beberapa demo permainan yang diperlihatkan di acara E3 yang lalu. Antara demo yang akan hadir ialah Everybody’s Golf, Detroit : Beyond Human, GT Sports, Knack II, Far Cry 5 dan No Heroes Allowed! VR .



Tarikh: 5 Ogos 2017
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: KL Live
Masuk PERCUMA

7. MiniCar Festival KL 
The first-ever MiniCar Festival Powered by Tarmac Works will be in the awesome city of Kuala Lumpur on August 5th! Admission is totally FREE!
What you can expect at the event:
Special Edition Tarmac Works models to be sold at the event:-
*HOBBY64 1/64 Mitsubishi Lancer Evo X JUN Edition makes it debut at MiniCar Festival!
*HOBBY64 1/64 Mitsubishi Lancer Evo X Final Concept 2017 Hong Kong Toy Festival Special Edition (limited quantity)
*HOBBY64 1/64 Audi R8 LMS 2015 Macau GP 2017 Hong Kong Toy Festival Special Edition (limited quantity)
And more!


Date: 5 August 2017
Time: 10am
Venue: Element Kuala Lumpur by Westin (Ilham Tower, Jalan Binjai)