Saturday 7 October 2017

BISIK PADA LANGIT: Pssstt... Jangan Lupa Bawa Tisuuuu….

Oleh AnaJoe



Kawan pesan bawa tisu sebelum pergi menonton filem ini. Saya telah mengingatkan diri saya untuk bawa tisu. Dah duduk di dalam panggung baru perasan yang saya tak bawa tisu!!!! Okay takpe….relaks.. tenang.. Tak mungkin sedih sangat kot. Minit ke lima titis air mata mula bergenang di kelopak, dan kemudian hujan air mata pun turun mencurah-curah sampai habis tayangan. Nasib baik pakai baju bercorak, berlengan besar serta bertudung hitam..senang nak ku sapu air mata bercampur air hidung yang turun tak nak berhenti ni. Allah… teruk nau nangisnya kenapaaa??

Filem Bisik Pada Langit ini menceritakan bagaimana sebuah keluarga menghadapi bencana di mana anak perempuan tunggal mereka yang ditatang bagai minyak yang penuh dan seorang yang membawa harapan mereka yang menggunung mengalami kemalangan jalanraya di Australia kerana mengingkari pesan ayah  agar tidak menunggang motosikal. Keseluruhan cerita bermula apabila si ayah menerima panggilan telefon tentang kemalangan tersebut sehingga anak perempuannya kembali ke sisinya. Timeline filem ini saya kira dalam jarak seminggu atau 10 hari.

Kisah Bisik Pada Langit olahan Khabir ini sangat ringkas cuma di sepanjang tayangan, penonton akan dipukul hebat dengan emosi yang dicetuskan para pelakon terutama Jalil Hamid dan Beto Kusyairy dengan lakonan hebat mereka. Pelakon-pelakon ini tidak menangis teruk di sepanjang filem.... tetapi kita yang menonton akan tidak putus-putus mengalirkan airmata.

Filem ini ada feel cerekarama/telemovie sikit tapi takpelah.. sebagai penonton, saya puas hati..bagi pengkritik filem mereka melihat dari sudut lain, saya sebagai penonton mengulas daripada apa yang saya rasa. Tema keseluruhan filem ini ialah CINTA. Cinta ayah kepada anaknya, anak kepada ayahnya, isteri kepada suami, ibu kepada anak-anaknya, abang kepada adik, cinta seorang teman, dan yang paling unggul cinta kita kepada pencipta kita yang Esa. Semuanya berkait-kait dan disulam baik oleh pengarah. Bila ada cinta, pengorbanan itu perlu dan mudah untuk dilakukan, tidak kira bagaimana. Dee berkorban masa depannya untuk Hajar. Ayah sanggup menjual tanah demi melawat anak yang sakit. Keluarga redha dengan ketentuanNya tanpa ada persoalan kerana mereka yakin dari Dia kita datang, kepada Dia kita pergi.

Kedatangan seorang zuriat memberi kita kebahagiaan yang tidak ada tolok bandingnya, dan walaupun dipinjamkan seketika, kenangan yang dibina bersama mewarnai kehidupan kita dengan rasa cinta dan kenikmatan yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.  Dan kepergian seseorang juga memberi ruang untuk kita menilai dan menghargai anugerah dan rahmat lain yang dikurnia Ilahi ketika kita di bumi ini.

Walaupun mata saya bengkak dan hidung tersumbat dengan hingus cair, saya juga memerhatikan beberapa kelonggaran butiran di dalam filem ini yang mungkin disedari pihak produksi tetapi dibiarkan kerana kekurangan bajet atau kesuntukan masa. Jangan kecam saya tetapi saya nak juga utarakan 10 perkara yang saya perhatikan di dalam Bisik Pada Langit ini.

1. Bila Hajar dapat lesen motor? Saya assume dia ambil di Australia kerana kalau dia nak ambil di Malaysia mesti ayah dia tahu kan? Nak ambil lesen motor di Australia pun bukan murah. Kursus je dah AUD350 lebih (RM1,150), belum ambil lesen lagi. Dan kenapa nak jelajah Australia dengan lelaki pulak. Aduhai.. kan ke Australia tu besar, semberono orangnya Hajar ni.

2. Motor itu dia sewa atau dia beli? Kalau beli memang masalah Hajar ni sebab mak ayah di kampung dah la takde duit. Kalau dia sewa pun tak murah, insurance ada beli tak? Kalau tak mak ayah dapat bill macamana nanti?  Kereta sewa kalau calar pun kena bayar inikan pula kemalangan teruk. Sigh..

3. Kenapa ketika diberitahu Hajar koma Iqram takde perasaan sedih langsung? Memang la bengang kena tampar dengan ayah tapi kakak you koma kot! Bukan sekadar jatuh motor dan patah kaki! Reaksi tu tak betul rasa saya untuk bencana sebegini besar.

4. Keluarga ayah dia tu kenapa? The Pak Long and Pakcik yang takde hati dan perasaan langsung. Mana simpati acik??? Anak orang sakit tenat dan dia masih fikir pasal duit, bukan nak tolong atau ikhtiar. Pelik sikit. Hajar tu kan anak saudara, bukan anak jiran.

5. Takde student atau pegawai lain ke di Perth? Sepanjang dia di hospital, tiada kelibat kawan-kawan lain atau pegawai di Malaysia.. (eh ada satu tapi itu pun macam funny sikit)

6.Kenapa ketika dia nazak, boyfriend dia dah tekan button panggil nurse tapi nurse/doctor tak sampai-sampai? Lama jugak tu.. siap boleh call Malaysia bagai.

7. Mula-mula cina kawan ayah dia tu nak beli tanah kan? Dan berjanji nak transfer duit tapi tup tup, ayah dia nak suruh jumpa sekali lagi. Dan ayah Hajar tak nak cakap duit itu untuk tujuan apa? Takkan satu kampung tak tahu apa story kot? Kalau di kampung, jatuh pokok kelapa pun semua orang tahu, inikan pula koma kat Australia.

8. Kenapa asyik dapat call dari boyfriend Hajar? Pihak kementerian, pihak universiti, pihak kerajaan takde call ke?

9. Kenapa barang-barang Hajar diuruskan boyfriend dia? Hajar takde girlfriends ke? Kalau pun tak rapat.. tak mungkin takde kawan-kawan wanita yang menguruskan pakaian dan barang-barang dia. Kalau Hajar dapat scholarship (tentulah biasiswakan? Mana mungkin family dia nak biaya pengajian sendiri) tentu barang-barangnya akan diserahkan oleh pihak lain dan bukan boyfriend dia kan?

10. Iqram cemerlang bahasa inggeris tetapi jadi pomen? At least masuk maktab jadi cikgu Bahasa Inggeris kan? Better kalau dia buat Iqram cemerlang dalam Kemahiran Hidup.. Barulah kena.

Itulah benda-benda yang saya nampak dan saya nak persoalan di dalam kabus-kabus airmata menahan sedu saya.

-----------------------------------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment