Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Sunday, 13 August 2017
Workshop Vokal Bersama Vince!
Untuk menyanyi dengan baik bukan sahaja bergantung kepada bakat semulajadi, tetapi juga memerlukan kemahiran dari segi teknik dan juga keyakinan diri. Suara and juga merupakan instrumen berharga yang boleh dibentuk dan diasah untuk memenuhi potensi anda sebagai seorang vokalis.
Dan untuk membimbing anda di workshop satu hari ini ialah Vince Chong, Juara Akademi Fantasia yang pertama serta penyanyi/penulis lagu terkenal.
Di workshop ini anda akan:
• Belajar teknik-teknik vokal yang betul
• Bentuk keyakinan untuk persembahan pentas
• Tingkatkan kekuatan vokal
• Mendapat tip-tip berharga dari penyanyi profesional yang berpengalaman
Terbuka kepada semua yang berumur 17 tahun ke atas
Butiran lanjut:
Tarikh: 10 September 2017
Waktu: 9.30pg - 4.30ptg (makan tengahari disediakan)
Tempat: Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
Tawaran "early bird"
Daftar sebelum 2 September: RM250
Harga biasa: RM299
Untuk pendaftaran, hubungi:
012-3456055
info@yougotraining.com
Labels:
Entertainment,
Events,
Hiburan,
News,
Training,
Vince Chong
Wednesday, 26 July 2017
3 Tip Audisyen Yang Perlu Anda Baca
Jika anda bercita-cita untuk mencuba nasib di hadapan kamera di dalam bidang penyiaran, proses ujibakat, atau audisyen adalah sesuatu yang pasti anda akan lalui. Bagaimana untuk menyerlah di audisyen nanti? Baca tip audisyen dari tiga personaliti terkemuka di bawah ini.
Tip Audisyen Dari Halim Othman
“Tidak kira program apa yang anda minat untuk audisyen, pastikan anda bersedia dengan satu atau dua bakat yang lain daripada yang lain. Contohnya, boleh meniru gaya seseorang artis terkemuka atau boleh menyanyi rap. Ini boleh memberi sedikit kelebihan kepada anda. Kalau pun tak pandai, cuba untuk membuat sesuatu. Biasanya, panel pemilih ingin melihat samada anda pandai untuk berinteraksi, dan juga reaksi seseorang bila diletakkan di dalam keadaan yang kurang selesa, seperti disuruh menyanyi sedangkan anda mengujibakat untuk menjadi seorang pengacara. Jangan panik, atau rasa tersinggung. Ini adalah perkara biasa.”
Tip Audisyen Dari Nurul Syuhada Nurul Ain
“Pastikan ketrampilan yang menarik sebelum menghadiri audisyen. Memang bakat itu paling penting, tetapi membuat ‘first impression’ yang baik juga sangat membantu. Buat kaum Hawa, pakailah busana yang sesuai, tidak terlalu sarat, dan tidak terlalu ‘simple’ sehingga menampakkan yang anda tidak berusaha langsung. Ada juga yang inginkan ‘natural look’, tapi lebih baik jika sedikit mekap digunakan untuk kelihatan lebih berseri dan bertenaga.”
Tip Audisyen Dari M. Zulkifli
“Tidak kira audisyen untuk program apa pun, adalah baik untuk anda membaca perihal isu-isu semasa sebelum berdepan dengan panel pemilih. Ini menunjukkan anda ada membuat ‘homework’, dan jika ada soalan-soalan berat yang diajukan, anda tidak kelihatan ‘lost’, dan ada asas untuk ‘goreng’. Pilih dua atau tiga isu paling hangat dan bersedia untuk memberi pandangan anda sendiri. Tidak ada jawapan betul, atau salah, yang penting, anda kelihatan selesa dan yakin.”
Subscribe to:
Posts (Atom)

