Showing posts with label Halim Othman. Show all posts
Showing posts with label Halim Othman. Show all posts

Monday, 8 January 2018

Workshop Pengacaraan Bersama Halim Othman (3 Feb 2018)



Serlahkan bakat pengacaraan anda! Dapatkan panduan berharga dari salah seorang ikon industri dengan menyertai WORKSHOP PENGACARAAN MAJLIS RASMI & TV Bersama HALIM OTHMAN!

Anda ada gaya, suara dan minat yang mendalam. Ambil langkah berani seterusnya dengan mempertingkatkan ilmu untuk anda membina nama sebagai seorang pengacara yang berkaliber.

Antara perkongsian di program ini:
·      Memahami audiens dan lokasi
·      Menulis dan menyunting skrip
·      Menghadapi segala kemungkinan
·      Penggunaan bahasa tubuh yang betul

Latihan-latihan praktikal juga akan dijalankan bagi mempertingkatkan kemahiran dan keyakinan perserta-peserta.  Anda juga akan diberikan maklum balas terus oleh Halim Othman!

Butiran program:

Tarikh: 3 Februari 2018
Masa: 9.30pg-5ptg (makan tengahari disediakan)
Tempat: Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100, Puchong

Tawaran “early bird” yang terhad!

Daftar sebelum 27 Januari 2018: RM299
Harga biasa: RM350
Harga istimewa pelajar IPTA/IPTS: RM199

Sijil turut disediakan.

Hubungi segera untuk mendapatkan tempat anda!
012-3456055

WeChat: yougotraining

Monday, 17 July 2017

YouGoPop Retro: Anugerah Era 2002 Meriah!

Antara majlis anugerah yang sering dinanti ramai dahulu sudah tentulah Anugerah Era. Kini hanya tinggal kenangan, Anugerah Era yang biasanya diadakan di Genting Highland, sering mengenengahkan konsep yang segar, menjadikan siaran majlis ini tidak bosan dengan banyak elemen kejutan.

Saksikan sendiri dalam klip ini bagaimana penonton (khasnya fERAtik) begitu sporting meriuhkan suasana di Arena of Stars. Yang juga menarik, Anugerah Era tetap memberi penghormatan kepada muzik tradisional kita!


Tuesday, 11 July 2017

Workshop Pengacaraan Majlis Rasmi & TV Bersama Halim Othman


Serlahkan bakat pengacaraan anda! Dapatkan panduan berharga daripada salah seorang ikon industri dengan menyertai WORKSHOP PENGACARAAN MAJLIS RASMI & TV Bersama HALIM OTHMAN!

Anda ada gaya, suara dan minat yang mendalam. Ambil langkah berani seterusnya dengan mempertingkatkan ilmu untuk anda membina nama sebagai seorang pengacara yang berkaliber.

Antara perkongsian di workshop ini:

· Memahami audiens dan lokasi 
· Menulis dan menyunting skrip 
· Menghadapi segala kemungkinan 
· Penggunaan bahasa tubuh yang betul

Latihan-latihan praktikal juga akan dijalankan bagi mempertingkatkan kemahiran dan keyakinan perserta-peserta. Anda juga akan diberikan maklum balas terus daripada Halim Othman!

Butiran program:

Tarikh: 29 Julai 2017
Masa: 9.30pg-5ptg (makan tengahari disediakan)
Tempat: Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100, Puchong

Tawaran “early bird” yang terhad!

Daftar sebelum/pada 10 Julai 2017: RM299
Harga biasa: RM350
Harga istimewa pelajar IPTA/IPTS: RM199

Sijil turut disediakan.

Hubungi segera untuk mendapatkan tempat anda!
012-3456055
info@yougotraining.com
WeChat: yougotraining


Thursday, 26 January 2017

Berita: Halim Othman Terlantar Di Hospital Akibat Denggi

Penyampai radio popular Halim Othman sudah tiga hari terlantar di hospital kerana menghidap penyakit denggi. Berita ini diterima YouGoPop daripada Halim sendiri hari ini.

"Agak teruk juga keadaan sebelum ini dengan demam yang datang dan pergi," katanya. "Saya memerlukan seminggu untuk pulih seperti sediakala, Insya Allah."



Sebelum dimasukkan ke hospital, Halim telah mengambil cuti rehat dari tugasan beliau. "Sudah masuk 7 tahun saya bertugas di Suria FM, jadi saya ingin berehat sebentar."

YouGoPop mendoakan agar Halim cepat sembuh dan kembali menceriakan pagi pendengar-pendengar di Suria FM!

Tuesday, 24 January 2017

YouGoPop Retro: "Saya Nak F Untuk Maaf"

Walaupun dah lama tak bersiaran di kaca television, rancangan "Roda Impian" masih lagi disebut-sebut sehingga kini. Dengan pengacara pertamanya, Halim Othman, "Roda Impian" menjadi rancangan pilihan ramai setiap petang. Formatnya yang mudah diikuti oleh semua peringkat umur, menjadikan ia satu "family entertainment" yang menghiburkan dan juga "educational".

Dan bagi mereka yang merupakan penonton setia rancangan ini, tentu mempunyai momen-momen kegemaran masing-masing. Antaranya, ketika Pak Hamid Gurkha dijemput menjadi peserta. Apabila memilih huruf "F", Pak Hamid menyebut "Saya pilih F untuk Maaf". Siapa boleh lupa??!

Dan apabila "Roda Impian" menyambut episod yang ke-1000, momen ini telah dihidupkan kembali. Saksikan!