Ini bukan kisah politik, mahupun ekonomi, tetapi kisah mentaliti haprak sebahagian daripada penduduk negara kita yang masih jauh ketinggalan dari tahap "maju". Kalau nak cerita A-Z, memang perlu buka puluhan ribu blog lain, tetapi jom kita fokus kepada insiden-insiden melibatkan pengguna-pengguna MRT baru-baru ini.
Pelancaran memang gilang-gemilang. Semuanya baharu, semuanya berkilat. Yang malap masih lagi "attitude" orang kita. Baguslah bila pihak Rapid mengambil langkah untuk memaparkan kisah-kisah ini melalui platform media sosial mereka yang menggunakan humor untuk menyampaikan mesej.
Dan dari komen-komen yang diterima itu juga dapat kita lihat masalah yang sebenarnya. Orang-orang kita ini bukannya tak tahu peraturan dan undang-undang, tapi tak percaya dengan keperluan mematuhi sebarang peraturan. Apa sahaja kelakuan buruk yang dipamerkan, tentu ada yang memberi seribu satu alasan mengapa ianya "ok" dan "takde hal pun".
Untuk menjadi negara "maju" bukan sahaja bergantung kepada kekayaan ekonomi, dan bangunan tinggi, tetapi juga mentaliti penduduk yang sama-sama ingin membangunkan negara menjadi lebih selesa dan teratur dengan memikirkan kesejahteraan ramai dan bukan kepentingan diri, serta menghormati "rule of law".
Malangnya, mentaliti yang biasa kita hadapi langsung tak mampu mengatasi (transcend) kepentingan diri dan diburukkan lagi dengan ketandusan "common sense". Ada yang menyebut "mentaliti kampung". Mungkin ada yang tersinggung, tetapi yang dimaksudkan "kampung" di sini, bukanlah "geografi", tetapi mentaliti "apa saja pun boleh". Sebab itu kita biasa melihat motorsikal ditunggang di lorong pejalan kaki di tengah-tengah kotaraya. Walaupun boleh membahayakan orang lain, tetapi yang penting, tidak menyusahkan penunggang motorsikal itu sendiri (sebab hanya dia sahaja yang perlu sampai awal ke pejabat).
Satu lagi kecenderungan orang kita ialah berhujah menggunakan "exceptions". Bila ditegaskan tak boleh makan di dalam train, ada yang menembak balik seolah-olah kelihatan bijak dengan hujah seperti "habis tu, baby pun tak boleh minum susu ke?". Tak perlulah kami huraikan lebih lanjut tentang ketidakmatangan (baca: kebobodohan) hujah sebegini. Oh, dan ada juga yang berkata, "aku percaya kat Jepun pun mesti ada yang tidur dalam train. kita je tak tahu."
Aduhai, aduhai, aduhai. 2050 nanti, bolehlah kita terus berbangga dengan bangunan-bangunan baharu buatan China. Itu sahajalah...
Kredit gambar: FB Rapid KL

No comments:
Post a Comment