PUCHONG,
16 Januari 2017: YouGo Training & Media
Consultancy (YouGo) dengan kerjasama Arte Academy hari ini melancarkan program
“Workshop Pengacaraan Majlis Rasmi, TV dan Radio Bersama Abby Fana” yang mensasarkan
orang ramai yang berminat untuk melonjakkan kemahiran mereka dalam bidang
pengacaraan.
“Selepas menampilkan
personaliti-personaliti seperti Halim Othman dan Nurul Syuhada Nurul Ain, kami
sangat teruja untuk menawarkan program bersama Hajjah Abby Fana kali ini,” kata
M. Zulkifli, CEO YouGo. “Saya percaya ramai peminat Hajjah Abby, yang juga
dikenali dengan panggilan mesra Kak Bed, tidak sabar untuk mencungkil
pengalaman dan pengetahuan beliau, dalam mempertingkatkan skil pengacaraan
mereka sendiri.”
“Tahun 2017 ini sangat istimewa kerana kini
genaplah 30 tahun saya menceburkan diri dalam bidang pengacaraan,” kata Abby
yang kini mengacarakan program “Sembang Sinar” di Sinar FM. “Saya bermula
sebagai pembaca “Intisari Rancangan” di RTM dan kemudian mengacarakan “Selamat
Pagi Malaysia”. Banyak saya pelajari selama tempoh 30 tahun ini, dan saya tak
sabar untuk berkongsi tip-tip praktikal untuk seseorang itu terus maju dalam
bidang ini.”
Abby yang juga pernah mengacarakan program
“Malaysia Hari Ini” di TV3, terkenal dengan celoteh bersahaja beliau yang
menceriakan pendengar dan penonton semua. Beliau bakal memberi tunjuk ajar
pelbagai aspek bidang ini termasuk penampilan diri, persediaan sebelum
bersiaran, penjagaan suara dan juga seni wawancara.
Program sehari ini (9 pagi - 5 petang) akan berlangsung pada 19 Februari
2017, dan akan diadakan di premis Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan
Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong.
YouGo juga menawarkan harga istimewa RM299
untuk setiap peserta, jika pendaftaran dibuat sebelum 5 Februari 2017. (Harga
biasa RM350). Untuk pelajar-pelajar IPTA/IPTS, harga istimewa RM199 untuk
setiap peserta juga ditawarkan.
Mereka yang berminat boleh hubungi talian
012-3456055 / 03-8659 7534 atau emel info@yougotraining.com
/ info@arteacademy.com
No comments:
Post a Comment