Adakah dia sedang berfikir atau sedang menahan nafas? |
Tatkala si gadis melintas, si teruna terpukau terpusing akibat bau wangian yang mengasyikkan; maka imej-imej menarik dan mengghairahkan mula muncul meletup-letup di dalam kepala, kalaulah si gadis tadi kepunyaan dirinya. Bukan sahaja dari mata turun ke hati, deria bau juga mencetus pelbagai jenis emosi. Ada mereka yang suka dengan satu jenis wangian sahaja lantas bau itu menjadi branding dirinya. Tak payah tengok siapa yang mari, kita sudah tahu si dia sedang mendekati. Ramai juga yang suka bertukar-tukar wangian kerana inginkan kelainan. Tak syoklah satu bau je sepanjang tahun, I pun nak bau tempias Britney, bau Kak JLo pun tak mengapa.
Walaubagaimanapun, tak kurang juga si dara yang membuat teruna terpusing lalu terpelanting dengan bau badan yang keras sampai ke tekak rasanya, à la pelayan restoran mamak asli dari daerah Thiruchirappalli. Gadis jenis begini amat sukar didekati walaupun muka secomel anak Mami. Bukan sahaja perempuan yang mempunyai bau badan kadar tarikannya serta merta menurun, orang lelaki pun formulanya sama juga. Kalau dah bau tengik umpama pekerja kontrak yang tak pernah jumpa air untuk mandi, bagaimana nak tengok wayang bersama kalau si gadis perlu bernafas ikut celah gigi? Wayang baru nak mula si gadis dah mula rasa nak pitam akibat bau si pasangan.
Bau badan ini bukan sahaja datang dari dua ketiak yang lembap terkuap sepanjang hari, bau-bau lain yang datang dari diri kita juga perlu diambil perhatian terutama apabila kita sudah berpunya atau berumahtangga. Deodoran jangan dibuat opsyen, perlu ada di dalam bilik air samada yang disembur atau atau yang jenis bola tonyoh. Gigi, mulut, kepala, telinga, dan sebagainya perlu dijaga rapi supaya pasangan tidak cringing bila anda mendekati. Kalau di sekolah cikgu pesan gosok gigi sehari dua kali, bila dah dewasa kita makan lebih dua kali tapi gosok gigi kadang-kadang terlupa sampai tengahari. Dah gosok gigi, lidah pun perlu disental agar segar dan tiada putih-putih tebal melekat membawa 'haruman' yang tidak digemari. Kalau rajin lagi, silalah flossing juga supaya gigi kekal terletak walaupun sudah bercucu nanti. Amalkan sebelum tidur atau sebelum solat Isya’ kita gosok gigi dan berkumur dengan mouthwash agar mulut kita berbau segar dan tidak menjelikkan.
Selain gigi, kepala pun senang berbau kerana kalau malas bershampoo, rambut akan berbau hamis kita walaupun pendek. Kita mungkin tak dapat bau kerana sebab hidung kita jauh dari kepala, tetapi mungkin pasangan kita yang terkena kerana hidung dia boleh kena kepala kita. Hijabista juga jangan lupa basuh anak tudung sebab orang yang lebih tinggi dari kita bila mengambil nafas dekat dengan kita boleh tersedak kalau anak tudung tidak dibasuh dua minggu. Tudung di luar bukan main bergaya dengan itik, bulu-buluan dan berbatu-batu bling-bling, kalau anak tudung tidak ditukar selalu.. tentu hamis dan menggelikan bukan?
Jangan kita ingat kita dah lama bersama pasangan kita kena redha dengan bau kita. “Alah bang… kita ni dah bersama 20 tahun, apa lagi nak wangi-wangi???” Aduhai.. Jangan kita stress kalau suami kita terpaling arah kepada wanita yang berbau bunga katanya. Lelaki pun sama, jangan ingat isteri itu dia punya, lantas bulu ketiak boleh dilepir menjadi tocang pun tidak dihirau. Jangan ingat isteri tak ada mata, tak ada deria.
Wangian yang enak dan bau-bauan yang harum boleh menambah nikmat kehidupan suami isteri dan jika sebaliknya.. boleh memudharatkan. Kerana…. bukan mudah nak sampaikan berita tentang bau-bauan yang tidak menyenangkan ini kepada pasangan kita kerana takut hatinya berduka. Cara yang paling baik ialah sama-sama lah kita jaga diri kita agar kehidupan kita wangi dan bahagia. Jika tidak ada bajet untuk wangian berjenama, bedak Cuticura takkan takde?
Oleh YouGoPop
No comments:
Post a Comment