Oleh Ariff Aziz
Reaksi orangramai memang seperti dijangka.
Rata-rata mentertawakan tindakan RTM untuk menarik balik siaran lagu
‘Despacito’ di semua stesyen milik kerajaan. Lagi reaksi yang kedengaran:
“Bukan faham pun”, “Banyak lagi lagu yang lucah!” “Macamlah kita semua ni sex
manic”.
Yang terkhir itulah sebabnya pengharaman
ini penting. Bukan sebab lagu ‘Despacito’ itu sendiri, tetapi
sekurang-kurangnya, ada diskusi tentang kroniknya masalah sosial di ambang Merdeka
ke-60 negara Malaysia tercinta ini.
Statistik terkini yang dikeluarkan
Kementerian Wanita, Keluarga & Masyarakat mencatatkan lebih daripada 20,000
kes jenayah seksual berlaku di negara ini sejak 2010, termasuk lebih 13,000 kes rogol (yang dilaporkan).
Menurut statistik Kementerian Kesihatan, 3,980
atau 28.8 peratus daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung
anak luar nikah. (Tidak, anda tidak tersalah baca).
Kes buang bayi pula memang dah biasa kita
dengar di media. Hampir 700 kes telah dilaporkan, sejak 2010. Bila kedengaran
kisah sebegini, kita pantas untuk mengutuk di media sosial.
Tapi sekadar terperanjat dan kutuk sahaja.
Adakah kita juga berminat untuk tahu punca
terjadinya kes sebegini? Adakah kita BERANI utuk menerima kenyataan kenapa
masalah sosial terlalu berleluasa dalam negara yang tak kurang dari segi
melahirkan personaliti-personaliti agama melalui rancangan realiti?
Sebabnya memang kita dah lalai dengan benda
yang dianggap biasa. “Biasalah lagu macam ni!” “Alah, kalau haram pun, Internet
ada macam-macam budak boleh tengok”.
Jadi? Apa tindakan kita? Takde apa,
jawapannya. Punca masalah selalunya adalah “BENDA LAIN”. IT’S ALWAYS SOMETHING
ELSE. Ya, hanya sebuah lagu tidak akan boleh membuat sepasang remaja melakukan
seks bebas sehingga melahirkan anak luar nikah, tapi masyarakat “apologist” dan
“enabler” seperti kita inilah yang menyediakan “environment” sebegitu.
Bila ditegur berpakaian menjolok mata,
jawapannya “Sukahati! Janganlah tengok!” Bila ditegur menonton video lucah,
jawapannya “Bukannya sampai aku nak pergi rogol anak orang!” Bila disuruh solat
dan tinggalkan perkara buruk, jawapannya “kubur masing-masing!”
Jadi apa puncanya kes-kes rogol, jenayah
seksual dan buang bayi yang begitu banyak?
Kalau masyakarat “semua pun ok”, kita pun
kena ok dengan kejelekan dan “breakdown” nilai moral secara total. Dan ini
semua pun ok.
SEHINGGA ia terjadi kepada batang hidung
kita sendiri. Tak begitu?
No comments:
Post a Comment