Monday 24 July 2017

Workshop Penulisan Skrip TV & Filem Bersama Nizam Zakaria

Buat mereka yang mempunyai idea untuk cerita yang boleh menggegar panggung, atau mendapat rating yang meletup, garapkan ia menjadi sebuah skip yang bakal menjadi rebutan penerbit-penerbit di luar sana! Tak mengapa jika mereka tidak berpengalaman, kerana Workshop Penulisan Skrip TV & Filem Bersama Nizam Zakaria, anjuran YouGo Training & Media Consultancy (YouGo) ini akan membawa peserta-peserta melalui setiap langkah dalam proses menghasilkan sebuah skrip.

“Ramai peminat filem dan drama tempatan juga merupakan ‘armchair critic’ tegar dan mungkin mempunyai pelbagai idea segar yang belum pernah ditonton. Inilah peluang untuk mereka berhenti bercakap dan mula menulis!” kata M. Zulkifli, CEO, YouGo Training & Media Consultancy.



Bengkel sehari pada 26 Ogos 2017 ini akan dikendalikan oleh pengarah dan penulis skrip dan juga novelis yang tidak asing lagi, Nizam Zakaria. Nizam yang kini sedang membuat penggambaran drama terbaharu “Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin” untuk slot Akasia di TV3, juga terkenal dengan karya-karya lain seperti “Kimchi Raya”, “Kahwin 5” dan “Cicakman 3”.

Antara pengisian bengkel ini termasuk:
1. Format skrip dan mengapa format skrip penting dalam produksi
2. Struktur penceritaan; adakah formula Three-Act Structure penting dalam penceritaan?
3. Seni penulisan dialog
4. Pemahaman penggunaan prop dan teknologi dalam penceritaan
5. Proses penyuntingan skrip

“Menulis skrip merupakan satu seni yang perlu dipelajari,” kata Nizam. “Bila kita menulis skrip, ianya bukan untuk diri penulis, tetapi untuk semua yang terlibat dalam produksi termasuk pengarah, pelakon, pembuat prop, makeup artis dan ramai lagi. Inilah aspek yang saya akan tekankan di bengkel ini.”

Bengkel sehari ini akan diadakan pada 26 ogos 2017 di Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor, dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang. Makan tengahari serta sijil akan disediakan.

YouGo juga menawarkan harga istimewa RM180 untuk setiap peserta (harga biasa RM220), jika pendaftaran dibuat sebelum 1 Ogos 2017.  

Mereka yang berminat boleh hubungi talian 012-3456055 atau emel info@yougotraining.com dan layari www.yougotraining.com


No comments:

Post a Comment